Mula mula tulis post ni dalam English lepas tu tukar ke Bahasa Melayu sebab takut orang 'tu' baca. Dia tak faham Bahasa Melayu, haha. xD
Sebelum peperiksaan.
'Semua orang, cepat semak angka giliran!' arah pembantu makmal wanita itu.
Semua orang dalam makmal tu bising je. Ada yang tak dengar pun apa yang pembantu makmal tu cakap. HOHO.
Kumpulan pertama dah masuk makmal. Tapi tak cukup lagi dua orang. Maksudnya, dua pelajar dari kumpulan satu tak ada kat situ.
Kemudian, pensyarah pun datang
'Ada sesiapa lagi dari kumpulan pertama?'
Para Pelajar: BLA BLA BLA
Lagi sekali. 'Panggilan terakhir. Siapa lagi dalam kumpulan pertama yang tak masuk makmal lagi?'
Para Pelajar: BLA BLA BLA
Gunung berapi pun meletus.
'SESIAPA LAGI DARI KUMPULAN PERTAMA?? SESIAPA YANG TAK ADA DI SINI SAYA AKAN KIRA KAMU TAK HADIR! TAK HADIR!!!!'
Para pelajar: (senyap kerana ketakutan)
Pensyarah pun berjalan dari meja ke meja dan kemudian menjerit lagi
'JANGAN DUDUK SITU! SAYA DAH BAGITAHU JANGAN DUDUK SITU!!!!!'
Budak-budak lelaki pun cepat-cepat lari ke depan macam lipas kudung.
Klimaks drama ini.
' X!!!' beliau menjerit nama pembantu makmal itu.
' APA YANG DAH BERLAKU? SAYA DAH BAGITAHU AWAK BLA BLA BLA!' beliau menjerit dengan suara yang sangat kuat.
Para pelajar: (masih senyap, menyaksikan drama yang bakal berlaku)
Pembantu makmal pun dah geram jugak. Selama ni dia sabar aje. Lepas tu dia pun cakap dengan suara yang sangat kuat jugak (memangla, mestilah kita geram kalau orang jerit kat kita!)
'DOKTOR! SAYA DAH BAGITAHU MEREKA SEMUA BLA BLA BLA!'
Pensyarah tu pun lagi naik angin bila pembantu makmal tu cakap balik dengan suara yang kuat. Maka beliau pun cakap sesuatu yang mengejutkan.
' AWAK SIAPA?? SAYA PENSYARAH! (dan awak cuma pembantu makmal)'
Pembantu makmal perempuan tu pun senyap.
HUH! Macam tu ke cara nak treat perempuan? Tak nak mengutuk lecturer secara open kat sini tapi kamu semua fikir sendirilah pengajaran dia.
Kesimpulannya, mana boleh berbangga dengan apa yang kita ada. Tu semua Allah yang bagi. Allah letak kita tempat lain-lain. Peranan masing-masing.
Jangan pandang rendah kat makcik cleaner. Kalau dia takde, kita sendiri yang kena cuci toilet yang kotor tu. hoho.
Jangan pandang rendah kat nelayan. Kalau dia takde, macam mana kita nak makan ikan? >__<
And so on....
Okay,assalamualaikum!