Pages

Monday 31 May 2010

Zaman Darjah Satu

Macam nak tiru Zack Zukhairi pulak. Takdela. Ni tiba-tiba bangun pukul 3 pagi sebab panas tak bukak kipas lepas tu sakit tekak. Tiba-tiba ada ilham nak tulis blog.

Sewaktu saya berumur 7 tahun hingga 8 tahun, saya telah bersekolah di SRK Convent Muar Johor (macam karangan budak sekolah rendah). Bila umur saya 9 tahun, satu keluarga saya telah berpindah ke Sungai Petani Kedah. Dan saya bersekolah rendah dan menengah di SRK dan SMK Convent Father Barre Sungai Petani Kedah.
Ok, sila jangan jadi skema. Believe it or not, saya masih ingat nama-nama semua cikgu yang ajar saya dalam setiap subjek (ok, tipu) di Sekolah Rendah. Mari imbas kembali zaman kanak-kanak ribena.


Convent Muar Picture credits:Click

Darjah satu. Kelas 1 Mawar. Kelas terakhir sebab masuk kelas ikut masa pendaftaran/diorang sumbatkan je korang kat mana-mana kelas ataupun kalau diorang nampak budak tu cerdik, masukkan ke kelas pertama.
-________-

Guru Kelas. Puan Aida. Puan Aida ni sangat best. Dia ajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Cikgu paling prihatin. Dulu ustazah agak garang(lupa dah nama ustazah sapa suruh garang, LOL) jadi setiap kali kelas Ustazah wajibkan semua orang bawa buku teks. Dan pada satu hari ni lupa bawak buku teks. Maka call mak berulang kali di rumah dan sekolah mak. Time tu mana ada handphone. Huhu. Mak tak dapat datang sekolah bagi buku teks maka menangis ketakutan dan kegerunan. Puan Aida tanya kenapa menangis? Lepas tu jawab tak bawak buku Teks. Then Puan Aida pinjamkan buku teks budak kelas lain untuk saya. Waktu kecik pergaulan tak bebas. Hanya 'restricted to budak-budak sekelas je.

Guru Bahasa Inggeris. Puan Hanum. Puan Hanum ni sangatlah garang. Berapa kali kena denda dengan dia, LOL. Kalau dia lukis pagar mesti buat corak tiga segi tu aje. And she's quite cold. Satu hari tu tersedar yang terhilang duit SERINGGIT. Lepas tu kawan suruh bagitau dia. Maka buat muka sedih bagitau duit hilang. Cikgu ni bukannya nak sedekah seringgit ke apa. Seringgit je kot. Tapi dia tanya dengan muka tak boleh blah 'Bila hilang?'


Entah apa-apa. Kalau mak datang sekolah baru cikgu buat muka baik, senyum kat saya. Huh, orang dewasa memang begitu *sila rujuk entri Sarah Vs Weird Woman*. Lepas tu bila balik rumah ekk, ada pulak duit seringgit tu dalam poket baju. Hahaha.

Guru Muzik. Cik Sabariah. Cik Sabariah ni la cikgu yang paling tak garang dekat sekolah tu. Muzik tu matapelajaran paling best. waktu time Muzik, cikgu bawak pergi Bilik Muzik, pasang video 'Bunyi Gitar' dalam cerita 'Tiga Abdul' tu. Lepas tu nyanyi lagu pasal gunung ke apa ntah. Then cikgu tanya 'Gunung apa yang tertinggi di Malaysia?' Budak-budak sekelas pakat-pakat jawab 'Gunung Everest, cikgu!'
Lepas tu saya pun jawab 'Gunung Kinabalu, cikgu?' Lepas tu cikgu senyum cakap 'Hah, betul!'
Ceh, macam mana entah boleh tau pengetahuan am waktu umur 7 tahun. Kalau tanya budak sekarang entah diorang tahu jawab ke tak? Silap silap tanya 'Malaysia tu hape?'

Ingat setakat tu aje. Akhir tahun ada pertandingan persembahan antara kelas. Puan Aida yang handle. dia pun siapkan dawai dengan styrofoam yang cat warna pink lepas tu buat macam cekak dekat rambut kitorang. Kiranya macam sesungut. Lepas tu kelas kitorang menang. Bangga, bangga.
Bila time nak bagi markah muzik, cikgu suruh nyanyi depan kelas. Maka dengan konfidennya nyanyi.

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah
Pon Pon Pon Pon 2X (kalau time umur sekarang nyanyi benda ni mesti orang ketawa huhahuha)
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.

Show off betul lagu ni. Bapak beli kereta kecik pun nak bawak tunjuk kat sekolah.


 Pertandingan bercerita.
Dengan konfidennya cerita pasal Mahsuri jual epok-epok lepas tu kena seberang sungai ada banyak buaya. Ni semua sebab dulu bapa saudara asyik cerita benda-benda macam ni.

'Siapa nak bercerita?' Puan Aida tanya
'Saya, cikgu!' saya angkat tangan.

Pergi depan 'Pada satu hari, Mahsuri nak jual epok-epok,'
 Epok-epok tu orang Singapore dengan Johor taulah pebenda. Karipap la.
Satu kelas ketawa. Puan Aida pun gelak. Aduhai, mesti la Puan Aida tahu kisah sebenar. Mana ada mahsuri jual epok-epok.

Waktu tu rasa best sebab satu kelas gelak. Boleh masuk Raja Lawak. Zaman tu pun mana ada Astro. Cuma ada TV1. TV2, TV3. NTV7 pun takde lagi. CD pun mahal. So asyik tengok videotape ajela. Ok, dh terkeluar tajuk.
Lepas tu sambung 'Sungai tu ada buaya,' bla bla bla.
'Last-last, mahsuri menyorok bawah meja' lepas tu saya pun masuk bawah meja kat depan tu nak tunjuk gaya. Pandai-pandai improvise.

Lepas tu tiba-tiba cikgu masukkan nama untuk persembahan bercerita. Persembahan, bukan pertandingan. Satu sekolah tengok.Malu sangat. Waktu tu rasa gementar.

Ok, kat depan ni. Dari Darjah Satu sampai 3 tengok (sesi petang).
Cikgu pun halakan microphone. 'Pada satu hari, Mahsuri jual epok-epok'. Satu dewan ketawa. Cikgu-cikgu pun gelak guling-guling.
Apahal semua orang gelak ni? Macam mana orang nak cerita? Waktu tu baru rasa malu. Lepas tu tak habiskan cerita. Cikgu tengok muka macam nak nangis je.
The next week ada persembahan lagi. Baru tau macam mana cara nak bercerita. Budak tu buat dengan suara dan gaya sekali. Cerita pun relevan. 'Pada suatu hari, si luncai terjun dengan labu-labunya'. Huhu, best.

Waktu Rehat
Lepas tu boleh dikatakan tiap-tiap waktu rehat mak datang sekolah makan sekali. Bila rehat dah habis, sedih aje sebab kena cakap 'Bye-bye kat emak'.
Kantin pun jual roti and stuffs. Waktu kecik selera tak besar. Setakat beli karipap je pun dah boleh survive. Lepas tu air jual seposen je. kalau air tertumpah, boleh bagitau makcik tu lepas tu dia ganti balik. Kalau zaman sekarang, makcik-makcik semua kedekut.

                                                                  Waktu Balik

Abah pun, waktu balik mesti dengan setianya tunggu kat pagar sebelum loceng berbunyi. Huhu. Dulu beg roda tu popular. Easybag. Ingat? Waktu tu memang popular. Tauke-tauke kat kedai beg semua pakat gantung easy bag suruh orang beli. Kat sekolah pulak asyik bunyi bising je sebab semua orang tarik 'Easy bag'. Budak sekolah menengah pun guna easy bag. Lepas tu Abah pun belikan saya easy bag. Huh, bangga gila waktu tu tak boleh blah, hahahaha. Kalau abah or mak belum sampai. Kitorang buat aktiviti sendiri. Ada bangsal yang penuh dengan meja-meja kat sekolah dulu. Kitorang susun meja lepas tu main buaya-buaya. Best! Lepas tu ada budak cakap pasal dia tengok cerita Titanic. Fuyyoo, kecik-kecik dah tengok Titanic. Dulu popular gila Titanic. Waktu hari Guru pun pengawas-pengawas semua nyanyi lagu Celine Dion 'My Heart Will Go On'



Kena Pukul
Tapi ada jugak perkara pahit. Puan Aida yang selama ni good mood tiba-tiba jadi garang. PMS kot. Puan Aida tulis soalan dekat papan hitam(rindu papan hitam dengan kapur. Dulu selalu kalau kasut tak putih amik kapur kaler kat kasut). Tapi saya dengan budak sebelah buat dek je. Tak salin pun sebab takde buku. Bukannya reti nak bagitau cikgu buku takde pun.
Budak kat depan pulak, asyik sembang-sembang. Puan Aida nampak kitorang takde buku lepas tu tanya 'Buku mana?' kitorang cakap 'Takde, cikgu'. Lepas tu cikgu naik angin. Cikgu nampak budak kat depan dok sembang tulis 'Tarikh dengan hari' je lepas tu cikgu Hot ajak kitorang semua pergi Bilik guru jumpa Guru Besar dengan P.K Hem. Tau tak guru besar tu buat apa? Guru besar ke P.K Hem entah lupa. Buku daftar pelajaran yang tebal  tu dia pukul kat bahu saya. Sakit. Tapi tak rasa apa-apa pun. tak rasa nak menangis, tak rasa sedih. Cuma pelik. rasa tak bersalah. Memang tak bersalah pun. Lepas tu cikgu suruh tandatangan borang demerit atas kesalahan 'tidak membawa buku bahasa Melayu'.

Rupa-rupanya memang kitorang tak bersalah pun. hari sebelumnya, kitorang tak datang sekolah. jadi cikgu simpan buku kitorang dalam almari kelas. Free je kena pukul dengan buku daftar pelajaran. rasanya cikgu tak sedar kot kesilapan dia. Takpe takpe, dimaafkan. Guru Besar yang tak boleh blah sebenarnya. Budak zaman sekarang kalau complain kat parents mesti 'See you in court'. Tapi saya tak bagitau mak saya pun. Takut dia lagi marah. Dekat saya. Bukan dekat cikgu.

Classmates
Dulu ada kawan baik nama Nur Fairuzi Suhana Yahya amik ko. Haha. Jumpa dia kat facebook dah. Hehe. Lepas tu ada kawan baik jugak nama Rafeeqa Raihan. Chinese look macam saya, LOL. Tapi darjah 2 dia dah takde sebab pegi pindah U.K.
Ada sorang ketua kelas ni cantik sangat. Ada lesung pipit kat pipi dia. Kitorang yang kempunan nak lesung pipit ni pun 'suck air' supaya pipi kitorang nampak 'hollow'. Konon-konon ada lesung pipit la tu. Dia baik.
Penolong ketua kelas ni pulak nama dia Syarifah apa benda entah. Suka buli orang. Dia selalu suruh saya siapkan homework dia dalam kelas lepas tu Puan Aida tanya 'Eh, macam tulisan Sarah ni. Sarah, kenapa awak buat kerja Sharifah?' ok, lupa dah jawab apa.

Waktu darjah satu dulu, abah pergi U,K sebab kerja. Lepas tu bagitau kat Sharifah ni.
 Dia cakap 'Oh, kita pun pernah pergi U.K,'
'Oh, yeke? Bila?'
'Waktu kita baby dulu. Naik kereta,'
"Oh, ok,' . Entah apa-apa.

Waktu Matematik cikgu suruh hafal sifir. Best. Sifir 1 dengan Sifir 10 paling best. Sifir 5 pun best. Dulu cikgu bagi pensel yang cantik (pensel kayu je) kalau dapat Hafal Sifir 1 sampai 5. Maka semua orang pun pulun menghafal. Yes, saya dapat pensel cantik tu. :)

Lepas tu tiap-tiap minggu ada 'Kuiz Uji Minda peringkat sekolah'. Kalau nak beli borang tu kena bayar 30 sen. Entah macam mana tiba-tiba menang pulak kuiz tu. Hairan. Lepas tu dapat hadiah pensel 2B satu kotak. kawan-kawan semua mintak satu batang tengok-tengok eh? dah tinggal 3 batang je dalam kotak tu? -____-

Last sekali dapat nombor 3 dalam kelas. Lawak je. Rasanya mana ada belajar sangat. LOL. Maka parents pun datang ke Majlis Anugerah cemerlang. Maka tamatlak kisah Darjah Satu. Nanti cerita pasal Darjah 2 dan 3 pulak.

Sunday 30 May 2010

Flu Flu Flu

Well, it's just a normal, ordinary flu. It has been quite a long time since I had my last flu. Probably around 6 months ago.

The whole family was in the pink of health until Syafiq came back, bringing the flu virus from UIA together with him. No, it's not his fault. I'm not blaming him at all, though this sentence might have implied that.
So right now I'm in the living room, typing this blog post with my brother by my side, watching 'Meet the Robinsons' on Disney Channel.


Speaking of 'Meet the Robinsons', it is one of my favourite Disney movies. It's very inspiring. To think that you have a really bright future in front of you when you least expect it. When troubles come, you are feeling morose, feels like everything is a mess, that you're hopeless, stupid to have made such silly mistakes, feels like there'll be no happy ending for you, but really, all you have to do is to just keep moving forward. Whenever I'm feeling down, I cheered myself up by watching this movie. And other inspirational Japanese Dramas. Dragon Zakura/God of Study, Gokusen, to name a few. And the theme song to the movie 'Little Wonders'. Everyone's been saying that it's inspirational as well but I don't really understand it. So when I'm feeling down, I'll listen to that song, trying to understand each words, sentences, trying to grasp the meanings behind the song. And each time, I interpreted the song differently. Reading inspirational quotes can make you feel better too.

Speaking of the flu. Yes, sangat menyeksakan. The nose milk kept on dripping from my nostrils, flowing at high speed, quite similar to when you turn on the water tap of the water cooler in Zainab College. :P
So right now I've been drinking more than 6 glasses of HOT water. Yes, you heard it right. HOT, not warm, not lukewarm. H-O-T HOT! And taking panadol. Vitamin C. Ubat selesema a.k.a ubat tido.Tonight I'm going to cover my wholeself with the thick warm snuggly comforter and turned off the fan to allow myself to perspire.

Speaking of my preparation before going to main camp. I don't need to buy any more new clothes. My baju kurungs from CFS are still in good condition. I'll just have to buy the toiletries and the washing detergent. Get prepared for the placement tests that will be conducted there, huhu.
And I have to finish revising 'Organic Chemistry' before going to main camp. Let's look at the subjects that I'm going to take on the first semester.

Introduction to Pharmacy, Philosophy & History -2 credit hours
Anatomy and Histology-2 credit hours
Fundamental of Physiology-3 credit hours
Pharmacy Practice 1-3 credit hours
 Organic Chemistry -4 Credit hours


And my brother Syafiq had just changed his programme from engineering to architecture. Let's pray that he'll become Malaysia's own Frank Lloyd Wright, insya-Allah. I almost typed Andrew Lloyd Webber, LOL.
My parents are really supportive. They're not the kind of parents who put a whole lot pressure to their children, forcing them to take courses that they have no interest in.They even supported our interests in some other things. For example, we siblings love music. He bought a guitar for my bro and sis to play with and he bought a keyboard for me to play songs and created my own. (Not to brag or what).  Both mom and dad supported my dreams to become movie director and a writer. When I won 2nd place for the short movie competition, the whole family kept on watching the movie over and over again though it's nothing. I mean, it's just a simple movie, and just a small competition, and yet they are ecstatic. My dad keep of saying that my friends are great actors and I am a good director. I'm touched. They may not be the perfect parents, but they are, the perfect parents for me and my siblings.

 I pitied some of my friends who are forced by their parents to take Medicine, Pharmacy, Dentistry, etc. But then of course, parents know the best for their children. We couldn't blame the parents. As we grow older, we will finally realised that we did the right thing, following our parents advices. Being young and rebellious, we will get angry with them, frustrated with them for not being able to understand our dreams, passions in other stuffs. But we may like what is bad for us and we may dislike what is good for us. But Allah knows what is good for us and we do not. But that doesn't mean that we should throw our dreams away. Remember those students from 'High School Musical'? each of them have their own secret dreams but everyone kept on saying 'stick to the status quo'.
Like, whatever. Irrelevant.

We're going to Singapore next week as it's school holidays. We're going to hold a tahlil for my 'arwah nekwan and tokwan' and a kenduri arwah. My mum, aunts and uncles are still trying to cope with their life, with her no longer in our lives. But life must go on. We must keep on moving forward.
That's all from me. Judge this entry all you want, about playing the music and all but this is a post true from my heart and I musn't be ashamed of my own interests and passions. It's been quite a long time since I've written something like this. It must be because of the flu.

Thursday 27 May 2010

UIA PJ revisited.

Okay, saya tulis dalam Bahasa Melayu sebagai persediaan untuk Ujian Penempatan Bahasa Melayu di Kampus Utama di Kuantan nanti. (bapak skema)
Entri ini akan jadi lebih kurang macam karangan 'Tempat saya pergi' yang sering disiarkan di Majalah Kuntum semasa sekolah rendah dahulu.

Dua hari lepas, kami sekeluarga telah menghantar adik lelaki saya untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di Petaling Jaya.
Setelah beberapa bulan tidak menjejakkan kaki ke sana, saya berasa agak sedih apabila mengenangkan nostalgia lama selama dua tahun berada di situ. Dan tak sangka, dua tahun itu sudah berlalu. *cepat mengalirkan air mata kelakar anda*.

Pepatah Inggeris mengatakan 'a picture speaks a thousand words', di mana dalam Bahasa Melayu, boleh ditafsirkan sebagai 'sebuah gambar menceritakan seribu perkataan perkara' ? Saya pasti kamu faham. Tak payah menceritakan perkara yang tidak penting. Jadi sekarang ini, saya ada tangkap mengambil banyak sangat gambar. Kamu tengok sendirilah.



Tengok itu. Car Park Full. Pendaftaran bermula pada 8.30 pagi. Kami sampai pada lebih kurang 8.40 pagi. Ibu bapa lebih bersemangat berbanding anak mereka lantas mengejutkan anak mereka yang sedang tidur nyenyak supaya datang awal ke sesi pendaftaran.


Beberapa buah kanopi berwarna putih disediakan bagi kemudahan ibu bapa dan para pelajar yang penat menunggu di bawah sinaran terik mentari. :P


Pakcik pengawal trafik yang gagah lagi perkasa

Jika anda membesarkan gambar ini, anda dapat melihat kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dengan mengikat (?) tali leher anaknya.
Dewan Al-Malik Faisal Hall dari sudut pandangan Masjid Kolej Islam Malaya

Selautan manusia yang bertali arus (?)

Jelas kelihatan riak gembira pada wajah masing-masing. -_____-

Mengambil angka giliran




Suasana pendaftaran dalam dewan(sorry maaf gambar kurang jelas :P)


Ibu bapa dan kaum keluarga saudara terdekat jiran tetangga


Sudah tiga bulan tinggalkan CFS baru tahu kolam depan A&R dah buat baru. Tapi takde ikan dan kura-kura pun. :(




Kerusi tu kan, yang pertama dari kanan. Itu kerusi pertama saya duduk waktu saya mula-mula pendaftaran dulu. Nostalgia, nostalgia.


Miss Guard Cik Pengawal :P meronda-ronda.


Pakcik-pakcik yang kacak-kacak belaka.



Jika diteliti gambar ini, ramai di antara mereka yang membawa sekali sinar X-Ray. Tak perlu la.Hari ketiga dan seterusnya baru ada pemeriksaan kesihatan. Adik saya tak bawa sebab saya cakap tak perlu bawa, hoho.





Adikku telah mendapat bilik yang ada compartment? Cis, sungguh tak adil!


Anda kenal tangga ini? Haha. Perasaan teruja kerana pertama kali dapat turun di tangga ini. :P



No women/girls allowed. Dekat ZC tak pernah jumpa pun papan tanda amaran ini. Untuk lelaki. >___>



Oh, macam ini rupanya keadaan tandas lelaki




Tengok itu. Compartment sebuah, katil sebijik sebuah, bukan double-decker pulak tu, almari besi. Best.



Notice board pun ada dua! Perghh


Tetapi tingkap ada satu sahaja. Kecil pula tu. :P


Ni yang paling best. Satu compartment satu kipas, satu lampu. Heaven!


Cermin besar gedabak. Bukan orang lelaki tak payah guna cermin ke? Bukan diorang tak sikat rambut ke?


Biasala, UIA.


Perpustakaan.
Jambatan menuju ke bangunan Annex



Ramai-ramai bawa beg, bantal, segalanya.




Dan pada waktu petang...



Pondok pengawal yang menjadi saksi kepada 'keprihatinan' Pakcik pengawal terhadap 'dress-code' para pelajar CFS sehinggakan ada yang mengasaskan kumpulan 'kami anti pakgad UIA'. Ini adalah kisah benar.


Kingdom Hospital Mahallah Khadijah a.k.a KC



Boleh tahanla. Kalau adik-adik nak tahu, waktu mula-mula kakak(pulak) datang ke UIA, KC ni sangat buruk tapi setelah mengalami pengubahsuaian, barulah sedap mata memandang. :P

Umar al-Khattab College dari pandangan depan.

Keesokan harinya, datang ke UIA lagi sebab nak ajak Syafiq makan dekat UIA sebab kereta banyak sangat tak boleh keluar dan makanan di UIA ni murah pada pandangan orang-orang dewasa yang sudah bekerja.



Kafe jejantas! :D


SM Building


Tangga dari ELD dan QLD menghala ke restoran jejantas/ SM Building/SMAWP/mana-mana pun boleh


UIA ni memang banyak tangga dan bukit. Tangga ini menghala ke kafe jejantas


Tempat Sarah, Solehah, Suhaila, Afzan, Zafirah siapkan report Chem Lab pada saat-saat terakhir selepas habis sahaja kelas Physics Bro Wan Syahrum di Blok E. Rindu2. :(



U-cafe. Kafe kegemaran di UIA. Lepas habis kelas, mesti pergi sekali dengan Soul(Solehah), 'Aina, Ummu, Kinah, Su'aidah (the evil triangle) makan kat sini. Kadang-kadang sambil nak habiskan tutorial Physics, makan breakfast dengan Soul, Aina, evil triangle, Suhaila, Afzan, Zafirah, Syau, Fizah, Aliaa, Alkaff, Sofi, Atiqah. Rinduuuuu.  Join dua meja (kadang-kadang tiga meja) sekali, conquer tempat depan menghadap TV, pegang remote Astro tukar channel KBS World tak bagi orang lain tukar channel lain. Heh.



Tengok, tangga lagi. Tangga dari U-cafe menuju ke Kafe bawah yang merupakan satu-satunya cafe tak pernah makan kat situ sepanjang duduk UIA ni sebab tu kafe brothers.


Port hang-out Solehah, Sarah, Syidah waktu petang-petang nak dinner. Chicken chop dia, fuhh, marvelous!
Lepas tu usha orang balik kelas dari Blok E, LOL.



Pandangan dari 'balkoni' U-cafe. Pusat Asuhan Kanak-kanak. Lecturer UIA senang je. Kalau ada anak kecik, hantar je kat sini. (semakin lama rasa Bahasa Melayuku semakin sempoi)

 
Pandangan dari U-cafe. Anda boleh lihat Kafe jejantas, Central Spine dan KC


Female toilet under construction, huhu. 'Gambar mcm ni pun nak amik?' ayah saya bertanya.
Dulu pernah sekali tengah cikgu ajar dalam kelas di Blok E, terperasan yang kad matrik hilang. Maka berlari pecutla dari Blok E ke tandas ini di bangunan kafe jejantas. -____-


AED Studios, Bangunan IRK, ZC tercinta



Mengambil gambar U-cafe dari celah pokok dan belukar. XD




Blok C yang menyimpan seribu misteri (wah, rhymes! :P)


Blok E. Dahulunya merupakan 'British Chalet' yang dikitar semula menjadi kelas. :P


Laluan berbukit dari Blok E dan Blok C menuju ke Kafe jejantas. Jalan berbukit ni la tempat diri ini berlari pecut dari Blok E ke tandas kafe jejantas untuk mencari kad matrik, sambil berbaju kurung.


Blok C


Zainab College dan Netball Court. Dulu selalu Hisbah Ummu Atiyyah (the best hisbah to date) adakan Family Day Hisbah dengan Treasure Hunt kat sini. BEST!



Budak-budak lelaki yang kacak bergaya nak tunggu turn tangkap gambar untuk matric card. :P

Maka dengan itu, tamatlah kisah ini. Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi malas nak memuat-naik gambar-gambar tersebut. Apa, ingat senang ke? Kalau internet 1000 Terabyte per second takpe gak.
Dan ini juga menunjukkan saya tidak boleh menggunakan bahasa Melayu baku pada setiap masa. Huhu, maaf bagi pencinta bahasa ini. 60 gambar pulak tu. Agak-agak boleh masuk Malaysia Books of Records tak? Haha

UIA ni memang best. Tempat kita jumpa kawan, tempat belajar, bukan sahaja hal akademik tetapi juga hal kehidupan seperti jangan mudah mengalah, jangan mudah berputus asa bila mendapat keputusan peperiksaan yang agak teruk pada semester lepas dan berusaha sehingga akhirnya mendapat Dean's List pada semester seterusnya. :P
Tempat kita belajar tentang semangat bekerjasama dan setiakawan, tempat kita bergelak ketawa, menangis, gembira. Tempat yang membimbing kita tentang perkara di dunia dan akhirat. Tempat kita dapat kawan-kawan foreigner dari negara-negara macam Papua New Guinea, Nigeria, dan sebagainya. :P
Banyak lagi keistimewaan UIA ni yang kita tak dapat jumpa di universiti lain. Rugi tau siapa yang tak dapat belajar kat UIA ni. Orang-orang tepilih sahaja. :P Ah, rezeki orang lain-lain.

ex-CFS students tahun 2008-2010, cepat bangun nyanyi lagu CFS buat kali terakhir! And cepat ingat balik zaman taaruf week yang kena paksa dengan taaruf committees hafal and nyanyi lagu ni berpuluh-puluh kali (exaggerating) tengah panas terik dekat padang tu.