Pages

Wednesday 28 September 2011

Portable Microphone.

Assalamualaikum and hello all.

Kita mulakan dengan cerita lawak waktu 1st year.

Kes 1
Lecturer masuk kelas, pakai portable microphone lepas tu mengajar. Tiba-tiba, beliau terbatuk-batuk lalu keluar untuk batuk dengan 'privacy'. Pintu ditutup. Namun, suara batukannya bergema di speaker auditorium kerana beliau lupa untuk menanggalkan microphone tersebut. Maka tiada gunanya beliau cuba untuk menyembunyikan batuknya. Oh ya, dan saya yakin hampir 100% pelajar di auditorium itu ketawa, sama ada terbahak-bahak, berdekah-dekah atau dengan bersopan santun. 

Kes 2
Lecturer masuk kelas, pakai portable microphone lepas tu mengajar. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Beliau pun pergi ke belakang auditorium untuk bercakap secara bersendirian. Namun, conversation antaranya dan si pemanggil bergema di speaker auditorium kerana beliau lupa untuk menanggalkan microphone tersebut. Maka tiada gunanya beliau pergi ke belakang kelas untuk bercakap secara 'private'. 

Okay, habis. Okay, tak lawak.

Minggu ni busy kelas dari pukul 8 sampai 5 petang. Hari Jumaat nanti sampai 7 malam. Lab practical 3 hari berturut-turut. Kena tulis 2 artikel yang tak start lagi pun untuk 'The Torch' (deadline rabu depan) kena buat satu lab practical (deadline rabu depan), kena pergi bagi counselling session untuk Pharmacy Practice, kena pergi OSC untuk amik nama chief facilitator+list nama budak-budak study circle. Kena organize study circle. Kena study untuk quiz Anti-infective minggu depan. 

Tapi masih ada masa untuk tulis blog, LOL. 

Sunday 25 September 2011

Monologue

Assalamualaikum and hello all. :)

Pernah terasa sedih, malu sangat rendah diri bila bandingkan diri kita dengan orang lain.
Eh, tak boleh rasa macam tu sekali kalau bandingkan diri kita dengan orang lain. Cop, bukan tak boleh bandingkan langsung ke diri kita dengan mereka? Setiap orang ada personaliti berbeza yang dicipta dengan keunikan tersendiri.

Belum habis sambung. Pernah terasa sedih, malu, sangat rendah diri bila bandingkan diri kita dengan orang lain. Bila bandingkan ilmu agama kita tak setara pun dengan mereka, sangat sikit, benda yang sepatutnya basic pun tak master lagi.

Post macam ni dah pernah keluar sebelum ni. Tapi delete sebab malu, LOL.

Lepas tu, tiba-tiba, kita terasa macam nak berubah ke arah kebaikan. Datang study circle pun mula-mula rasa terpaksa kemudian rasa ikhlas nak pergi sebab membaiki diri. Terasa diri sangat rendah dan kecil di sisi Allah. 
Sejak daripada tu, kalau orang ajak pergi qiamullail pun pergi, semata-mata nak ubah diri kita. 

Desktop yang ada banyak cerita korea/jepun yang selalu tengok pun terus delete semuanya. Perubahan yang drastik. Tapi pada masa yang sama rasa sedih sebab kita masih jugak buat benda yang tak sepatutnya. Walaupun cuba nak berubah, tapi susah nak berubah secara keseluruhan.

Lepas tu kita macam dah give up. Kita teruskan hidup lama yang banyak membuang masa.

Tengah-tengah lagha (perkara yg buat kita lupakan Allah) tu, tiba-tiba datang lagi keinsafan. Tapi macam tak tahu dari mana nak bermula. Kita cuba berubah. Tapi sekejap aje. Back to square one. 
Tapi niat dalam hati untuk berubah ke arah kebaikan tak pernah padam. Asyik berdoa. Cuma tak tahu bila nak mula. Harap-harap tak terlambat. Hlovate cakap 'The person who decided to change on the 12th hour dies on the 11th'.
Tak nak jadi macam tu.

Minggu kedua, orang OSC telefon. Cakap yang naqibah (facilitator) study circle sebelum ni bagi nama kat Chief Facilitator lepas tu bagi nama kat OSC untuk jadi naqibah.
Diri kita yang sangat serba kekurangan ni nak jadi naqibah. Macam kelakar pulak. Macam mana nak ubah orang lain kalau diri sendiri pun susah nak berubah? Macam mana nak suruh orang tu buat benda-benda baik tu kalau kita sendiri pun tak buat sangat?

Mula-mula rasa macam nak tolak. Tak layak. Sangat tak layak. Tapi bila fikir balik, mungkin ni jawapan daripada Allah. Ada sebabnya kenapa terpilih jadi Naqibah. Allah dah panggil, dah tolong dengan cara yang memang tak disangka-sangka. Pergi training facilitator, rasa rendah diri, ilmu yang ada sangat dangkal. Semua orang lain yang terpilih hebat-hebat belaka. Rasa tak layak.

Lepas tu Ustaz Hasmi cakap
 'Tak perlu tunggu ilmu cukup baru nak berdakwah. Dakwah ni wajib sebenarnya untuk semua orang Islam. Ilmu memang tak pernah cukup. Jangan rasa rendah diri sebab rasa ilmu tak cukup. Jadikan perasaan 'kekurangan ilmu' itu sebagai satu cabaran,"

Terasa tersentak.

Balik bilik, jumpa roommate yang lagi tinggi ilmu agamanya daripada saya. Mintak dia tolong guide sekali.
The Hunger Games:Mockingjay tinggalkan dulu. Capai 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karya Fathi Yakan.

Dear Allah, please guide me towards loving you and pleasing you.

Saturday 17 September 2011

Hidup di Perantauan (lah sangat!)

Written on the 13th of September 2011

“ Tau tak awak, perasaan homesick tu sangat menyakitkan?” Malizah, a friend of mine who’s currently studying in India told me when I said that she is very lucky to get the opportunity to study in oversea. The same goes with the other lucky lots who are now studying in countries like Australia, New Zealand, etc.

As for me, I’m only in Malaysia and yet I’m having this heavy emotional feeling of missing my parents, my siblings, home, Sungai Petani and the old 5 months daily routines that I had back then at home.

I really miss all that! I hate the fact that Kuantan is so bloody far away from Sungai Petani (almost takes a whole day journey to and fro).  If only the IIUM merge the health campus together with the art campus in Gombak, then life will be heavenly and delightful. L

Then I could be together with my brother, Syafiq who’s now in IIUM Gombak. My father works in Selangor and goes home every weekend to Kedah, often taking Syafiq with him. All the people that I love are in Kedah. As or me,  I’m stuck here at the end of Malaysia with bad wifi, no transport, broken washing machine, non functioning water filter and a mahallah that is situated at the end of UIA thus it is susceptible to having intruders lurking in. *sigh*. (my friend saw a bangladeshi man jumping down from the 2nd floor to ground floor of our mahallah at 5 something a.m) And that it is situated extremely far from the cafĂ© and kulliyah.(LOL, over je). 

This is the worst homesick ever. The first one would be when I first stepped my foot to CFS PJ. It was my first time leaving home. But at least I have my grandaunt there. I could always call her and stay with her at weekends or short holidays. It gives me a sense of comfort to be with someone I’ve known for a long time.
Here. Okay, I have relatives here as well but I don’t really know them that well but whenever I wanted to go home, they could send me to the bus station. Still, I could not trouble them with minor matters only your parents could help you.

I MISS MY FAMILY! MY MOTHER AND HAZIQ, ESPECIALLY!

This is the 2nd worst or probably the worst homesick I ever have because it’s now Day 2 and yet I’ve been silently crying in my compartment every late afternoon. I guess it’s because I’m sick. I’ve been sick since Thursday last week. High Fever+flu+vomiting. Right now my thermoregulator is not functioning well and I keep on coughing. I’m having emotional instability. It’s like PMS.  Sometimes I have the mood and spirit to study sometimes I just could not care less.

I could not call my mother because I’m afraid I’ll cry.
I’m positive my fever has everything to do with this.
To think again, those who study overseas, I salute you all.
Those poor unfortunate souls in Palestine, Iraq, Afghanistan and those who have been stripped off their normal lives, my sympathy goes towards you.
Those who lost their parents and family members, I don’t know how you could cope with this matter. I couldn’t even stand being apart with my mother for TWO DAYS!
Of course, I have Allah. He will take care of me here. He will take care of my family. Amin.

My stomach is rumbling out of hunger (oh, will you be quiet tak payah nak manja-manja sangat as I've fed you during lunch, dinner and now breakfast okay!) and my head is spinning a bit (still recovering from the fever).

Forgive my stomach as it is currently experiencing 'culture shock' due to the lack of food here in Kuantan. Lambat sikit pegi cafe, makanan habis, hmpphh! Mahal pulak tu! Duduk rumah tak pernah kekurangan makanan, dahlah boleh tambah ikut sesuka hati. Free pulak tu! Lepas tu hujung minggu mesti cakap je 'Abah, nak makan tose masala!' mesti Abah akan tunaikan punya! *sobs*.

It's no use to lament the things that happened in the past. Let's just move on. Another SEVEN weeks to be spent here before hari raya! *faint*

Saturday 3 September 2011

Nostalgia Raya Part 1

Assalamualaikum and hello all. :)

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Waktu sekolah rendah dulu (waktu umur saya lebih kurang 9 atau 10) ada satu family ni datang rumah. Anak-anak diorang sangat 'kurang diajar'. Orang kata, 'buas', Datang rumah orang, berkeliaran sini sana, kacau barang orang semua. Lepas tu main skuter orang sampai nak dekat rosak (baru teringat nak simpan dalam stor =___=). Macam tu lah.

Yang geram gila, parents diorang buat tak kisah je. My parents pun takkanlah nak marah anak orang. 
Lama kelamaan, budak-budak itu beserta ibu bapa mereka pun blah. Thank God!

Kita orang adik beradik memang bengang lah. 

Minggu depan pulak, parents bawak pergi beraya. Rumah siapa ni, tak pernah datang pun.
Rupa-rupanya, rumah budak-budak 'buas' tu!

Secara diam-diamnya, kami adik beradik merancang strategi balas dendam. Saya la mastermindnya

Masuk rumah, makan bihun sup beberapa kali secara gelojoh. 
Keluar rumah, main basikal budak-budak tu. 
Dah habis main basikal, masuk makan bihun lagi dengan selambanya macam buat rumah sendiri.
Main basikal lagi. 
Lepas tu makan kuih banyak-banyak. Minum air banyak.
Main lagi dengan harta persendirian orang tu.

Waktu tu tak perasan muka parents yang berubah. Diri sendiri rasa gembira dan puas sebab dapat balas dendam. Muahahaha.

Waktu nak balik tu, parents masih bermanis muka.
Masuk kereta

"APASAL TADI TAK SENONOH SANGAT PERANGAI??" (lebih kurang macam ni lah) Abah saya menjerkah.

Lepas tu Emak pulak cakap " Kalau pergi rumah orang jangan makan kuih sampai kosong balang tu. Makan sikit-sikit cukup! (nanti orang ingat kebuluran ke apa budak ni)"

Abah sambung lagi " Kalau anak orang buat macam tu kat rumah kita, jangan kita jadi macam diorang pulak. Nanti mak bapak diorang ingat sama je anak orang ni, perangai tak reti duduk diam jugak,"

Okay, tu antara apa yang saya ingat. Terus rasa tak best lepas balas dendam. 

Kadang-kadang terfikir jugak, mungkin budak-budak yang 'buas' tu pun kena marah dengan mak bapak diorang waktu masuk dalam kereta. Mungkin mak bapak diorang tu pun macam mak bapak saya, tak nak marah anak diorang depan orang sebab tak nak malukan kita. Takkan nak menjerit-jerit dekat anak depan orang ramai yang tak berapa nak dikenali (bukan sanak saudara). 

Selepas kes ini, saya dan adik-adik menunjukkan keperibadian tinggi dan bersopan santun ketika bertandang ke rumah orang. xD

Hey, I was only 9 or 10. Biasalah tu, budak-budak. :P