Kita mulakan dengan cerita lawak waktu 1st year.
Kes 1
Lecturer masuk kelas, pakai portable microphone lepas tu mengajar. Tiba-tiba, beliau terbatuk-batuk lalu keluar untuk batuk dengan 'privacy'. Pintu ditutup. Namun, suara batukannya bergema di speaker auditorium kerana beliau lupa untuk menanggalkan microphone tersebut. Maka tiada gunanya beliau cuba untuk menyembunyikan batuknya. Oh ya, dan saya yakin hampir 100% pelajar di auditorium itu ketawa, sama ada terbahak-bahak, berdekah-dekah atau dengan bersopan santun.
Kes 2
Lecturer masuk kelas, pakai portable microphone lepas tu mengajar. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Beliau pun pergi ke belakang auditorium untuk bercakap secara bersendirian. Namun, conversation antaranya dan si pemanggil bergema di speaker auditorium kerana beliau lupa untuk menanggalkan microphone tersebut. Maka tiada gunanya beliau pergi ke belakang kelas untuk bercakap secara 'private'.
Okay, habis. Okay, tak lawak.
Minggu ni busy kelas dari pukul 8 sampai 5 petang. Hari Jumaat nanti sampai 7 malam. Lab practical 3 hari berturut-turut. Kena tulis 2 artikel yang tak start lagi pun untuk 'The Torch' (deadline rabu depan) kena buat satu lab practical (deadline rabu depan), kena pergi bagi counselling session untuk Pharmacy Practice, kena pergi OSC untuk amik nama chief facilitator+list nama budak-budak study circle. Kena organize study circle. Kena study untuk quiz Anti-infective minggu depan.
Tapi masih ada masa untuk tulis blog, LOL.