Selamat hari raya maaf zahir batin.
Waktu sekolah rendah dulu (waktu umur saya lebih kurang 9 atau 10) ada satu family ni datang rumah. Anak-anak diorang sangat 'kurang diajar'. Orang kata, 'buas', Datang rumah orang, berkeliaran sini sana, kacau barang orang semua. Lepas tu main skuter orang sampai nak dekat rosak (baru teringat nak simpan dalam stor =___=). Macam tu lah.
Yang geram gila, parents diorang buat tak kisah je. My parents pun takkanlah nak marah anak orang.
Lama kelamaan, budak-budak itu beserta ibu bapa mereka pun blah. Thank God!
Kita orang adik beradik memang bengang lah.
Minggu depan pulak, parents bawak pergi beraya. Rumah siapa ni, tak pernah datang pun.
Rupa-rupanya, rumah budak-budak 'buas' tu!
Secara diam-diamnya, kami adik beradik merancang strategi balas dendam. Saya la mastermindnya
Masuk rumah, makan bihun sup beberapa kali secara gelojoh.
Keluar rumah, main basikal budak-budak tu.
Dah habis main basikal, masuk makan bihun lagi dengan selambanya macam buat rumah sendiri.
Main basikal lagi.
Lepas tu makan kuih banyak-banyak. Minum air banyak.
Main lagi dengan harta persendirian orang tu.
Waktu tu tak perasan muka parents yang berubah. Diri sendiri rasa gembira dan puas sebab dapat balas dendam. Muahahaha.
Waktu nak balik tu, parents masih bermanis muka.
Masuk kereta
"APASAL TADI TAK SENONOH SANGAT PERANGAI??" (lebih kurang macam ni lah) Abah saya menjerkah.
Lepas tu Emak pulak cakap " Kalau pergi rumah orang jangan makan kuih sampai kosong balang tu. Makan sikit-sikit cukup! (nanti orang ingat kebuluran ke apa budak ni)"
Abah sambung lagi " Kalau anak orang buat macam tu kat rumah kita, jangan kita jadi macam diorang pulak. Nanti mak bapak diorang ingat sama je anak orang ni, perangai tak reti duduk diam jugak,"
Okay, tu antara apa yang saya ingat. Terus rasa tak best lepas balas dendam.
Kadang-kadang terfikir jugak, mungkin budak-budak yang 'buas' tu pun kena marah dengan mak bapak diorang waktu masuk dalam kereta. Mungkin mak bapak diorang tu pun macam mak bapak saya, tak nak marah anak diorang depan orang sebab tak nak malukan kita. Takkan nak menjerit-jerit dekat anak depan orang ramai yang tak berapa nak dikenali (bukan sanak saudara).
Selepas kes ini, saya dan adik-adik menunjukkan keperibadian tinggi dan bersopan santun ketika bertandang ke rumah orang. xD
Hey, I was only 9 or 10. Biasalah tu, budak-budak. :P
6 comments:
This post = Win.
I LoLed. Jahat jugak Sarah ni rupanya =P
Hahaha, thank you! :D
Sekarang pun 'jahat' jugak. Tapi kurang sikit. LOL.
Sarah Syahirah yang saye kenal sekarang sangat sopan santun & sesuai dijadikan calon menantu. Hehehe. (: (: (:
Selamat hari raye Sarah! Maaf zahir batin. (: (: (:
Hahaha.
Takdela jahat sgt,nakal sikit je tu.
XD
Kak Ecah, Sarah sangat sopan santun? Tak betul tu! Hahaha. Sopan santun tu ada. Sangat tu memang tak lah. xD
Oh yes, belum cukup kriteria lagi nak jadi calon menantu, LOL.
Selamat Hari raya Kak Ecah! See you in Kuantan! Nak bagi Kak Ecah gelak banyak-banyak. ^^
@Afi.
Haha yes. Zaman kecik-kecik dulu memang nakal, rebellious. Memang selalu kena rotan dengan emak. :P
Post a Comment