Pages

Thursday, 27 May 2010

UIA PJ revisited.

Okay, saya tulis dalam Bahasa Melayu sebagai persediaan untuk Ujian Penempatan Bahasa Melayu di Kampus Utama di Kuantan nanti. (bapak skema)
Entri ini akan jadi lebih kurang macam karangan 'Tempat saya pergi' yang sering disiarkan di Majalah Kuntum semasa sekolah rendah dahulu.

Dua hari lepas, kami sekeluarga telah menghantar adik lelaki saya untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang terletak di Petaling Jaya.
Setelah beberapa bulan tidak menjejakkan kaki ke sana, saya berasa agak sedih apabila mengenangkan nostalgia lama selama dua tahun berada di situ. Dan tak sangka, dua tahun itu sudah berlalu. *cepat mengalirkan air mata kelakar anda*.

Pepatah Inggeris mengatakan 'a picture speaks a thousand words', di mana dalam Bahasa Melayu, boleh ditafsirkan sebagai 'sebuah gambar menceritakan seribu perkataan perkara' ? Saya pasti kamu faham. Tak payah menceritakan perkara yang tidak penting. Jadi sekarang ini, saya ada tangkap mengambil banyak sangat gambar. Kamu tengok sendirilah.



Tengok itu. Car Park Full. Pendaftaran bermula pada 8.30 pagi. Kami sampai pada lebih kurang 8.40 pagi. Ibu bapa lebih bersemangat berbanding anak mereka lantas mengejutkan anak mereka yang sedang tidur nyenyak supaya datang awal ke sesi pendaftaran.


Beberapa buah kanopi berwarna putih disediakan bagi kemudahan ibu bapa dan para pelajar yang penat menunggu di bawah sinaran terik mentari. :P


Pakcik pengawal trafik yang gagah lagi perkasa

Jika anda membesarkan gambar ini, anda dapat melihat kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dengan mengikat (?) tali leher anaknya.
Dewan Al-Malik Faisal Hall dari sudut pandangan Masjid Kolej Islam Malaya

Selautan manusia yang bertali arus (?)

Jelas kelihatan riak gembira pada wajah masing-masing. -_____-

Mengambil angka giliran




Suasana pendaftaran dalam dewan(sorry maaf gambar kurang jelas :P)


Ibu bapa dan kaum keluarga saudara terdekat jiran tetangga


Sudah tiga bulan tinggalkan CFS baru tahu kolam depan A&R dah buat baru. Tapi takde ikan dan kura-kura pun. :(




Kerusi tu kan, yang pertama dari kanan. Itu kerusi pertama saya duduk waktu saya mula-mula pendaftaran dulu. Nostalgia, nostalgia.


Miss Guard Cik Pengawal :P meronda-ronda.


Pakcik-pakcik yang kacak-kacak belaka.



Jika diteliti gambar ini, ramai di antara mereka yang membawa sekali sinar X-Ray. Tak perlu la.Hari ketiga dan seterusnya baru ada pemeriksaan kesihatan. Adik saya tak bawa sebab saya cakap tak perlu bawa, hoho.





Adikku telah mendapat bilik yang ada compartment? Cis, sungguh tak adil!


Anda kenal tangga ini? Haha. Perasaan teruja kerana pertama kali dapat turun di tangga ini. :P



No women/girls allowed. Dekat ZC tak pernah jumpa pun papan tanda amaran ini. Untuk lelaki. >___>



Oh, macam ini rupanya keadaan tandas lelaki




Tengok itu. Compartment sebuah, katil sebijik sebuah, bukan double-decker pulak tu, almari besi. Best.



Notice board pun ada dua! Perghh


Tetapi tingkap ada satu sahaja. Kecil pula tu. :P


Ni yang paling best. Satu compartment satu kipas, satu lampu. Heaven!


Cermin besar gedabak. Bukan orang lelaki tak payah guna cermin ke? Bukan diorang tak sikat rambut ke?


Biasala, UIA.


Perpustakaan.
Jambatan menuju ke bangunan Annex



Ramai-ramai bawa beg, bantal, segalanya.




Dan pada waktu petang...



Pondok pengawal yang menjadi saksi kepada 'keprihatinan' Pakcik pengawal terhadap 'dress-code' para pelajar CFS sehinggakan ada yang mengasaskan kumpulan 'kami anti pakgad UIA'. Ini adalah kisah benar.


Kingdom Hospital Mahallah Khadijah a.k.a KC



Boleh tahanla. Kalau adik-adik nak tahu, waktu mula-mula kakak(pulak) datang ke UIA, KC ni sangat buruk tapi setelah mengalami pengubahsuaian, barulah sedap mata memandang. :P

Umar al-Khattab College dari pandangan depan.

Keesokan harinya, datang ke UIA lagi sebab nak ajak Syafiq makan dekat UIA sebab kereta banyak sangat tak boleh keluar dan makanan di UIA ni murah pada pandangan orang-orang dewasa yang sudah bekerja.



Kafe jejantas! :D


SM Building


Tangga dari ELD dan QLD menghala ke restoran jejantas/ SM Building/SMAWP/mana-mana pun boleh


UIA ni memang banyak tangga dan bukit. Tangga ini menghala ke kafe jejantas


Tempat Sarah, Solehah, Suhaila, Afzan, Zafirah siapkan report Chem Lab pada saat-saat terakhir selepas habis sahaja kelas Physics Bro Wan Syahrum di Blok E. Rindu2. :(



U-cafe. Kafe kegemaran di UIA. Lepas habis kelas, mesti pergi sekali dengan Soul(Solehah), 'Aina, Ummu, Kinah, Su'aidah (the evil triangle) makan kat sini. Kadang-kadang sambil nak habiskan tutorial Physics, makan breakfast dengan Soul, Aina, evil triangle, Suhaila, Afzan, Zafirah, Syau, Fizah, Aliaa, Alkaff, Sofi, Atiqah. Rinduuuuu.  Join dua meja (kadang-kadang tiga meja) sekali, conquer tempat depan menghadap TV, pegang remote Astro tukar channel KBS World tak bagi orang lain tukar channel lain. Heh.



Tengok, tangga lagi. Tangga dari U-cafe menuju ke Kafe bawah yang merupakan satu-satunya cafe tak pernah makan kat situ sepanjang duduk UIA ni sebab tu kafe brothers.


Port hang-out Solehah, Sarah, Syidah waktu petang-petang nak dinner. Chicken chop dia, fuhh, marvelous!
Lepas tu usha orang balik kelas dari Blok E, LOL.



Pandangan dari 'balkoni' U-cafe. Pusat Asuhan Kanak-kanak. Lecturer UIA senang je. Kalau ada anak kecik, hantar je kat sini. (semakin lama rasa Bahasa Melayuku semakin sempoi)

 
Pandangan dari U-cafe. Anda boleh lihat Kafe jejantas, Central Spine dan KC


Female toilet under construction, huhu. 'Gambar mcm ni pun nak amik?' ayah saya bertanya.
Dulu pernah sekali tengah cikgu ajar dalam kelas di Blok E, terperasan yang kad matrik hilang. Maka berlari pecutla dari Blok E ke tandas ini di bangunan kafe jejantas. -____-


AED Studios, Bangunan IRK, ZC tercinta



Mengambil gambar U-cafe dari celah pokok dan belukar. XD




Blok C yang menyimpan seribu misteri (wah, rhymes! :P)


Blok E. Dahulunya merupakan 'British Chalet' yang dikitar semula menjadi kelas. :P


Laluan berbukit dari Blok E dan Blok C menuju ke Kafe jejantas. Jalan berbukit ni la tempat diri ini berlari pecut dari Blok E ke tandas kafe jejantas untuk mencari kad matrik, sambil berbaju kurung.


Blok C


Zainab College dan Netball Court. Dulu selalu Hisbah Ummu Atiyyah (the best hisbah to date) adakan Family Day Hisbah dengan Treasure Hunt kat sini. BEST!



Budak-budak lelaki yang kacak bergaya nak tunggu turn tangkap gambar untuk matric card. :P

Maka dengan itu, tamatlah kisah ini. Ada banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi malas nak memuat-naik gambar-gambar tersebut. Apa, ingat senang ke? Kalau internet 1000 Terabyte per second takpe gak.
Dan ini juga menunjukkan saya tidak boleh menggunakan bahasa Melayu baku pada setiap masa. Huhu, maaf bagi pencinta bahasa ini. 60 gambar pulak tu. Agak-agak boleh masuk Malaysia Books of Records tak? Haha

UIA ni memang best. Tempat kita jumpa kawan, tempat belajar, bukan sahaja hal akademik tetapi juga hal kehidupan seperti jangan mudah mengalah, jangan mudah berputus asa bila mendapat keputusan peperiksaan yang agak teruk pada semester lepas dan berusaha sehingga akhirnya mendapat Dean's List pada semester seterusnya. :P
Tempat kita belajar tentang semangat bekerjasama dan setiakawan, tempat kita bergelak ketawa, menangis, gembira. Tempat yang membimbing kita tentang perkara di dunia dan akhirat. Tempat kita dapat kawan-kawan foreigner dari negara-negara macam Papua New Guinea, Nigeria, dan sebagainya. :P
Banyak lagi keistimewaan UIA ni yang kita tak dapat jumpa di universiti lain. Rugi tau siapa yang tak dapat belajar kat UIA ni. Orang-orang tepilih sahaja. :P Ah, rezeki orang lain-lain.

ex-CFS students tahun 2008-2010, cepat bangun nyanyi lagu CFS buat kali terakhir! And cepat ingat balik zaman taaruf week yang kena paksa dengan taaruf committees hafal and nyanyi lagu ni berpuluh-puluh kali (exaggerating) tengah panas terik dekat padang tu.

15 comments:

Anonymous said...

sarah2,kolam uia dh siap?oh!comelnya.aritu msih dlm construction tau.btw,tiolet kt cafe msih xciap lg.bru j d runtuhkan kot. =P xsbr nak knjung ke cfs mggu dpn:)

Sarah said...

Comel, kan? :) Tapi ikan-ikan dengan Tok Kura tu diorang belum masukkan lagi la.

Oh, Wan nak pergi sana amik Academic Transcript ke? Sarah pun hari tu pegi daftar adik sekali amik transcript. Hehe.

Luqman Fauzi said...

Terima kasih kerana memuat naik gambar-gambar itu. Sungguh nostalgik.

Bwek...tak best langsung menulis pakai BM standard.

Anyway, CFS is awesomeness. People always say we don't realise what we have until it's gone...that's definitely true.

Lisa said...

UIA PJ revisited = UIA PJ dilawati?

hehe :D

Sarah said...

Luqman, thanks for the comment.
Yes, I miss CFS. To tell the truth, I miss CFS more than I miss my old school.

Sarah said...

Liz, tu la pasal.

UIA dilawati kembali? Hahaha.

Anonymous said...

IIUM PJ revisited = Kembali ke UIAM PJ

best translation? probably

nice post...ur brother stay in UKC1...that's where I stay...even the same compartment (I assume that's compartment D?) but upon being a senior, i change to compartment B...I think i know which room he is in....mwahaha

-King-

kina ;) said...

Saya mula merasa rindu pada CFS. :P

Hancur BM aku weyyy~!!! XD

You know what, UIA is way much better than some other U's..*baru nak puji.haha!*
lagi2 time registration day..teringat registration day kat U adik aku. =.=;;

Sarah said...

@King, yeah, 'Kembali ke UIAM PJ'.
The best translation indeed!
Yes, he's in compartment D Level 3 bilik x ingat no berapa. XD

@Kiki, Betul apa tatabahasa kau tu. Mana hancuss, bukan dapat A1 ke dlm BM SPM dulu? :P
Oh, adik kau U.M kan? Tak best ke registration dia? Buat la post pasal U.M pulak. Teringin nk tahu, hehe.

sharaf said...

weh menceroboh!!!!mane leh ni..hahaha tu bilik mgdadp alil al..atasa cafe..my guess,tingkt 2???huhuhh brothers nye tmpt sentiasa bes..xde gangguan..leh dpt privacy skit :P..basically,sis nye bilik same macam dkt AC gak ke???huhuuh cian

Sarah said...

Mana ade menceroboh la, LOL.Masuk terang-terangan tu.

Ding!! salah. Bukan tingkat 2.
Sister punya bilik kat ZC lagi kecik tapi best.And at least dapat mengeratkan silaturahim. :P

ejaan said...

oho mcm tu rupanya ukc1. hahaha. btw,Ujian Penempatan Bahasa Melayu<-- ade ke? EPT pun? errr.
nasib baik frz masuk lambat a few days so x payah beratur pjg2 nk reg. heheh. nice pics :)

Sarah said...

@Fareez, hah,macam tu la UKC 1. LOL. Once in a lifetime opportunity dapat masuk tengok. :P

Oh yes, Aishah pernah gtau yg Fareez register lambat, hehe. Sbb apa eh? Tak pasti la ada Bahasa Melayu Placement test ke. Kalau tak nak ada boleh tak? XD EPT dh takde dh, woohoo!

Haha, thanks! :)

si penunggu subuh said...

well rindunye.
dah 4 tahun aku tinggalkan sini..
skng dah nak masuk 3rd year kt gombak.
baju2 still same lagi kan?
lagu cenfos tu ag ke?
haha x seindah lagu sebelum itu
matriculation song.
x sempat nk tngk taaruf week uia ni.
adik masuk UM lak..hehe asasi sains lak tu...
agak2 lecturer still same lagi x??
lama x kena marah dgn dorang

Sarah said...

@Penunggu Subuh.

Bukan sama ke Lagu CFS dengan Matriculation? Cuma tukar perkataan aje kan?
I see. Senior la ni. Saya nanti pergi Kuantan.
Tak pasti la lecturer awak dulu masih ada atau tidak. Sebab dah 4 tahun tinggalkan UIA PJ, kan? Saya pula baru saja habis foundation tahun ni.

Anyway, thanks for the comment and thanks for following!