Pages

Tuesday, 21 June 2011

Rebuttal

Assalamualaikum dan hello semua. Post ini mungkin akan menimbulkan kontroversi tapi saya perlu cakap apa yang saya fikirkan/rasakan.
Diambil daripada harakahdaily.net (saya seorang politically-neutral person jadi saya baca je semua (Utusan, Berita Harian, Harakah whatsoever)
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengulangi tuntutan rakyat supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan dan pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian dalam negara diberikan keutamaan untuk menerima biasiswa atau pendidikan secara percuma.
“Hanya inilah jalan terbaik untuk kerajaan melabur bagi mempercepatkan pembangunan modal insan demi masa depan negara,” kata setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff.
Justeru, pihaknya memandang serius masalah agihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2011 yang penuh kontroversi hingga menyebab ramai pelajar cemerlang SPM 2010 yang layak tidak menerima biasiswa itu.
DPPWP, katanya mendapati jumlah dana biasiswa yang diberikan kepada JPA setiap tahun amatlah terhad, dan Kerajaan BN lebih cenderung mendidik pelajar-pelajar cemerlang ini berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai salah satu langkah bagi melepaskan tanggungjawab sosial kepada rakyat.
Sehubungan itu, ujarnya DPPWP mencadangkan supaya JPA mendedahkan jumlah peruntukan sebenar yang diberikan oleh Kerajaan BN untuk dana biasiswa ini setiap tahun.
DPPWP juga, katanya menuntut agar Kerajaan BN meningkatkan peruntukan dana biasiswa JPA selari dengan jumlah pelajar cemerlang yang kian meningkat saban tahun.
“Sekiranya jumlah pelajar cemerlang semakin bertambah dan jumlah biasiswa diperuntukan masih sama atau tidak mencukupi, maka sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai,” katanya.
Tambahnya, dalam masa yang sama kerajaan BN juga harus akur dengan tuntutan rakyat yang mahu PTPTN dihapuskan dan ditukar kepada biasiswa.
Dalam bab yang lain, katanya DPPWP juga menuntut agar JPA mendedahkan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap pelajar yang melanjutkan  pengajian di dalam negara berbanding yang pergi ke luar negara.
Ini, ujarnya kerana DPPWP melihat kos pengajian di dalam negara lebih murah berbanding kos pengajian diluar negara.
“Berdasarkan pengalaman alumni universiti dalam dan luar negara, ramai yang mengakui bahawa dengan kos setiap pelajar yang ditaja keluar negara, Kerajaan mampu untuk menaja 4 orang pelajar belajar di dalam negara,” katanya.
Pada hari ini, katanya negara memiliki lebih dari 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam, diikuti dengan puluhan Universiti Pengajian Tinggi Swasta serta pelbagai kolej-kolej dan politeknik yang menawarkan tempat untuk pelajar Malaysia.
Malah, kata beliau kebanyakan bidang yang diajar di universiti luar negara seperti kedoktoran, kejuruteraan dan perakaunan kini sudah ada ditawarkan oleh IPT tempatan.
Ini, ujarnya berbeza dengan tahun-tahun 50-an hingga 80-an kerana pada masa itu jumlah dan bidang kursus yang ditawarkan oleh IPT tempatan masih terhad.
Oleh itu, tambahnya ada baiknya kerajaan memfokuskan untuk menarik lebih ramai pelajar-pelajar cemerlang ini untuk menyambung pengajian di IPT dalam negara dengan memberikan mereka bantuan biasiswa.
Menurutnya, dengan dana yang terhad kerajaan boleh menawarkan biasiswa kepada lebih ramai pelajar di dalam negara berbanding ke luar negara.
DPPWP, jelasnya tidak menolak jika ada permohonan biasiswa kalangan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi biarlah kursus yang mereka ditawarkan itu adalah kursus yang tidak ditawarkan oleh IPT dalam negara yang mana kita tidak mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk mengajar mereka seperti bidang berkaitan kajian tenaga nuklear, kejuruteraan industri aeroangkasa, dan yang seumpamanya.
“DPPWP juga berharap agar Kerajaan Persekutuan membuat penyelarasan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang turut menawarkan biasiswa untuk anak-anak negeri mereka supaya agihan yang dibuat tidak bertindih hingga menyebabkan keciciran peluang bagi pelajar lain yang juga berhak.
“Agihan juga haruskan adil bagi semua kaum dan tidak dipengaruhi oleh ahli-ahli politik yang memegang kuasa dalam kerajaan,” katanya.
PANDANGAN SAYA
Okay, macam ni. Kita jangan emosional. Biasiswa yang JPA tawarkan setiap tahun memanglah terhad. Dan selalunya biasiswa itu diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang. Dalam lebih kurang (ok, katakanlah sejuta) pelajar-pelajar universiti dan politeknik di Malaysia bukannya semuanya mereka itu cemerlang. Apa faedah yang JPA boleh dapat kalau bagi semua biasiswa yang bernilai lebih kurang RM 3000 (at least) setiap semester kepada pelajar-pelajar yang dapat CGPA bawah 3.00? Dan selalunya biasiswa yang JPA bagi ni adalah supaya pelajar-pelajar tajaan JPA tu dapat berkhidmat dengan kerajaan. Dan tu sebabnya mereka bagi kepada kos-kos kritikal seperti Medic, Dentistry dan Pharmacy sebab negara memang perlukan mereka.
Pelajar-pelajar PTPTN pun ada juga peluang nak dapat biasiswa JPA. Tapi mereka kenalah cemerlang. Kalau kos tak kritikal pun kenalah cemerlang. Dah kerajaan bagi duit free kan, kenalah cemerlang (banyaknya perkataan cemerlang). Tapi yang dalam artikel ni cakap seolah-olah semua pelajar universiti kat Malaysia ni cemerlang dan semua kena dapat pendidikan percuma iaitu tajaan daripada JPA dan melupuskan PTPTN kerana kononnya mendidik mereka berhutang.
Kenapa mereka fikir macam ni? Adakah mereka tak bersyukur sekurang-kurangnya ada juga PTPTN nak bagi pinjaman kepada pelajar universiti walaupun keputusan mereka bawah 3.00. Biasiswa secara universalnya yang ditafsirkan oleh orang-orang tak kira di luar atau di dalam negara adalah bantuan insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk belajar. Biasiswa tu yang membezakan di antara pelajar cemerlang dan tak cemerlang. Lagi sekali, bukan nak cakap pelajar PTPTN tak cemerlang ok. Tapi faham kan? 
Kalau semua program (termasuk muzik, seni lakon dan yang sewaktu dengannya) diberi biasiswa habislah bankrap kerajaan Malaysia. USA pun mana ada bagi SEMUA pelajar-pelajar universiti bantuan biasiswa? Mereka PTPTN pun bukan semua dapat (eh, ada ke PTPTN? Well, study loan pasti ada). Mereka memang dah simpan duit sendiri untuk ke universiti (tak percaya tengok cerita Hollywood yang selalunya memaparkan ibu bapa buat akaun untuk pembiayaan anak-anak mereka ke universiti). 
Jadi, silalah bersyukur PTPTN tu pun dah ada. Pelajar-pelajar PTPTN pun boleh je nak dapat biasiswa JPA tapi mereka perlu menunjukkan tahap akademik yang cemerlang. Biasiswa ni macam satu insentif supaya pelajar-pelajar bukan tajaan ni berusaha lebih gigih untuk mendapatkan biasiswa. Barulah lahir pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalau semua satu juta (lagi sekali, ni nombor rawak) dapat biasiswa JPA ramailah yang relax je. Tak payah nak belajar. Kan dapat JPA kann??? Boleh enjoy.
Lagi sekali, JPA ni bagi keutamaan kepada kos-kos kritikal. Nak buat macam mana, dah kos-kos kritikal tu ada 3 tu je. Kalau seni lakon bukan kritikal, janganlah salahkan kerajaan. 
Lepas tu, bila mereka cakap 'JPA ni jangan taja pelajar pergi luar negara. MAHAL!'. Tempat dalam negara pun bukannya semua cukup. Tu sebab mereka kena hantar pelajar-pelajar ke luar negara. Lagipun perasan tak sekarang ni JPA banyak hantar pelajar belajar di negara-negara Asia je? Dan ada yang letak dekat public university dalam negara je. Tu salah satu langkah nak mengurangkan perbelanjaan. Oh ya dan perasan kan yang RAMAI pelajar universiti awam di Malaysia ni pelajar bumiputera? Silalah bersyukur. 
Ada jugak yang saya setuju pasal pengagihan biasiswa tu tak boleh berat sebelah. Bukan semua saya tak setuju.
Saya cuma tak puas hati bab 'Kena lupuskan PTPTN tu dan bagi SEMUA pelajar universiti di Malaysia ni biasiswa'. It's impossible! And a bit ridiculous to tell the truth.

Saya pun tak puas hati jugakla kenapa kerajaan belanja berjuta-juta untuk emel 1Malaysia yang ridiculous tu. Dengan duit tu kan at least boleh bagi biasiswa kepada budak-budak Nursing (universiti awam) ke, boleh tambah biasiswa untuk course-course lain.

Tapi lagi sekali nak cakap, agak tak relevanlah nak lupuskan PTPTN dan gantikan dengan biasiswa. 
Sekian, terima kasih. Ada apa-apa pandangan dan komen sila beritahu. :D

No comments: