Pages

Monday, 20 June 2011

Recycled Post #3: Zaman Darjah Satu

Eek, I'm so pathetic for recycling my old posts just for the sake of updating this blog. 
Anyway, Assalamualaikum and hello all. :)

Blogged on Sunday, 31st of May 2010, at 5.05 a.m

Macam nak tiru Zack Zukhairi pulak. Takdela. Ni tiba-tiba bangun pukul 3 pagi sebab panas tak bukak kipas lepas tu sakit tekak. Tiba-tiba ada ilham nak tulis blog. 

Sewaktu saya berumur 7 tahun hingga 8 tahun (1997-1998), saya bersekolah di SRK Convent Muar Johor (macam karangan budak sekolah rendah). Bila umur saya 9 tahun, satu keluarga saya telah berpindah ke Sungai Petani Kedah. Dan saya bersekolah rendah dan menengah di SRK dan SMK Convent Father Barre Sungai Petani Kedah.
Ok, sila jangan jadi skema. Believe it or not, saya masih ingat nama-nama semua cikgu yang ajar saya dalam setiap subjek (ok, tipu) di Sekolah Rendah. Mari imbas kembali zaman kanak-kanak ribena.



Convent Muar Picture credits:Click

Darjah satu. Kelas 1 Mawar. Kelas terakhir sebab masuk kelas ikut masa pendaftaran/diorang sumbatkan je korang kat mana-mana kelas ataupun kalau diorang nampak budak tu cerdik, masukkan ke kelas pertama. 
-________-

Guru Kelas. Puan Aida. Puan Aida ni sangat best. Dia ajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Cikgu paling prihatin. Dulu ustazah agak garang(lupa dah nama ustazah sapa suruh garang, LOL) jadi setiap kali kelas Ustazah wajibkan semua orang bawa buku teks. Dan pada satu hari ni lupa bawak buku teks. Maka call mak berulang kali di rumah dan sekolah mak. Time tu mana ada handphone. Huhu. Mak tak dapat datang sekolah bagi buku teks maka menangis ketakutan dan kegerunan. Puan Aida tanya kenapa menangis? Lepas tu jawab tak bawak buku Teks. Then Puan Aida pinjamkan buku teks budak kelas lain untuk saya. Waktu kecik pergaulan tak bebas. Hanya 'restricted to budak-budak sekelas je.

Guru Bahasa Inggeris. Puan Hanum. Puan Hanum ni sangatlah garang. Berapa kali kena denda dengan dia, LOL. Kalau dia lukis pagar mesti buat corak tiga segi tu aje. And she's quite cold. Satu hari tu tersedar yang terhilang duit SERINGGIT. Lepas tu kawan suruh bagitau dia. Maka buat muka sedih bagitau duit hilang. Cikgu ni bukannya nak sedekah seringgit ke apa. Seringgit je kot. Tapi dia tanya dengan muka tak boleh blah 'Bila hilang?'



Entah apa-apa. Kalau mak datang sekolah baru cikgu buat muka baik, senyum kat saya. Huh, orang dewasa memang begitu *sila rujuk entri Sarah Vs Weird Woman*. Lepas tu bila balik rumah ekk, ada pulak duit seringgit tu dalam poket baju. Hahaha. 

Guru Muzik. Cik Sabariah. Cik Sabariah ni la cikgu yang paling tak garang dekat sekolah tu. Muzik tu matapelajaran paling best. waktu time Muzik, cikgu bawak pergi Bilik Muzik, pasang video 'Bunyi Gitar' dalam cerita 'Tiga Abdul' tu. Lepas tu nyanyi lagu pasal gunung ke apa ntah. Then cikgu tanya 'Gunung apa yang tertinggi di Malaysia?' Budak-budak sekelas pakat-pakat jawab 'Gunung Everest, cikgu!'
Lepas tu saya pun jawab 'Gunung Kinabalu, cikgu?' Lepas tu cikgu senyum cakap 'Hah, betul!'
Ceh, macam mana entah boleh tau pengetahuan am waktu umur 7 tahun. Kalau tanya budak sekarang entah diorang tahu jawab ke tak? Silap silap tanya 'Malaysia tu hape?'

Ingat setakat tu aje. Akhir tahun ada pertandingan persembahan antara kelas. Puan Aida yang handle. dia pun siapkan dawai dengan styrofoam yang cat warna pink lepas tu buat macam cekak dekat rambut kitorang. Kiranya macam sesungut. Lepas tu kelas kitorang menang. Bangga, bangga.
Bila time nak bagi markah muzik, cikgu suruh nyanyi depan kelas. Maka dengan konfidennya nyanyi.

Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah
Pon Pon Pon Pon 2X (kalau time umur sekarang nyanyi benda ni mesti orang ketawa huhahuha)
kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek. 

Show off betul lagu ni. Bapak beli kereta kecik pun nak bawak tunjuk kat sekolah. 



 Pertandingan bercerita.
Dengan konfidennya cerita pasal Mahsuri jual epok-epok lepas tu kena seberang sungai ada banyak buaya. Ni semua sebab dulu bapa saudara asyik cerita benda-benda macam ni.

'Siapa nak bercerita?' Puan Aida tanya
'Saya, cikgu!' saya angkat tangan.

Pergi depan 'Pada satu hari, Mahsuri nak jual epok-epok,'
 Epok-epok tu orang Singapore dengan Johor taulah pebenda. Karipap la. 
Satu kelas ketawa. Puan Aida pun gelak. Aduhai, mesti la Puan Aida tahu kisah sebenar. Mana ada mahsuri jual epok-epok.

Waktu tu rasa best sebab satu kelas gelak. Boleh masuk Raja Lawak. Zaman tu pun mana ada Astro. Cuma ada TV1. TV2, TV3. NTV7 pun takde lagi. CD pun mahal. So asyik tengok videotape ajela. Ok, dh terkeluar tajuk. 
Lepas tu sambung 'Sungai tu ada buaya,' bla bla bla.
'Last-last, mahsuri menyorok bawah meja' lepas tu saya pun masuk bawah meja kat depan tu nak tunjuk gaya. Pandai-pandai improvise. 

Lepas tu tiba-tiba cikgu masukkan nama untuk persembahan bercerita. Persembahan, bukan pertandingan. Satu sekolah tengok.Malu sangat. Waktu tu rasa gementar.

Ok, kat depan ni. Dari Darjah Satu sampai 3 tengok (sesi petang). 
Cikgu pun halakan microphone. 'Pada satu hari, Mahsuri jual epok-epok'. Satu dewan ketawa. Cikgu-cikgu pun gelak guling-guling.
Apahal semua orang gelak ni? Macam mana orang nak cerita? Waktu tu baru rasa malu. Lepas tu tak habiskan cerita. Cikgu tengok muka macam nak nangis je.
The next week ada persembahan lagi. Baru tau macam mana cara nak bercerita. Budak tu buat dengan suara dan gaya sekali. Cerita pun relevan. 'Pada suatu hari, si luncai terjun dengan labu-labunya'. Huhu, best.


Waktu Rehat
Lepas tu boleh dikatakan tiap-tiap waktu rehat mak datang sekolah makan sekali. Bila rehat dah habis, sedih aje sebab kena cakap 'Bye-bye kat emak'.
Kantin pun jual roti and stuffs. Waktu kecik selera tak besar. Setakat beli karipap je pun dah boleh survive. Lepas tu air jual seposen je. kalau air tertumpah, boleh bagitau makcik tu lepas tu dia ganti balik. Kalau zaman sekarang, makcik-makcik semua kedekut. 

                                                                  Waktu Balik

Abah pun, waktu balik mesti dengan setianya tunggu kat pagar sebelum loceng berbunyi. Huhu. Dulu beg roda tu popular. Easybag. Ingat? Waktu tu memang popular. Tauke-tauke kat kedai beg semua pakat gantung easy bag suruh orang beli. Kat sekolah pulak asyik bunyi bising je sebab semua orang tarik 'Easy bag'. Budak sekolah menengah pun guna easy bag. Lepas tu Abah pun belikan saya easy bag. Huh, bangga gila waktu tu tak boleh blah, hahahaha. Kalau abah or mak belum sampai. Kitorang buat aktiviti sendiri. Ada bangsal yang penuh dengan meja-meja kat sekolah dulu. Kitorang susun meja lepas tu main buaya-buaya. Best! Lepas tu ada budak cakap pasal dia tengok cerita Titanic. Fuyyoo, kecik-kecik dah tengok Titanic. Dulu popular gila Titanic. Waktu hari Guru pun pengawas-pengawas semua nyanyi lagu Celine Dion 'My Heart Will Go On'




Kena Pukul
Tapi ada jugak perkara pahit. Puan Aida yang selama ni good mood tiba-tiba jadi garang. PMS kot. Puan Aida tulis soalan dekat papan hitam(rindu papan hitam dengan kapur. Dulu selalu kalau kasut tak putih amik kapur kaler kat kasut). Tapi saya dengan budak sebelah buat dek je. Tak salin pun sebab takde buku. Bukannya reti nak bagitau cikgu buku takde pun.
Budak kat depan pulak, asyik sembang-sembang. Puan Aida nampak kitorang takde buku lepas tu tanya 'Buku mana?' kitorang cakap 'Takde, cikgu'. Lepas tu cikgu naik angin. Cikgu nampak budak kat depan dok sembang tulis 'Tarikh dengan hari' je lepas tu cikgu Hot ajak kitorang semua pergi Bilik guru jumpa Guru Besar dengan P.K Hem. Tau tak guru besar tu buat apa? Guru besar ke P.K Hem entah lupa. Buku daftar pelajaran yang tebal  tu dia pukul kat bahu saya. Sakit. Tapi tak rasa apa-apa pun. tak rasa nak menangis, tak rasa sedih. Cuma pelik. rasa tak bersalah. Memang tak bersalah pun. Lepas tu cikgu suruh tandatangan borang demerit atas kesalahan 'tidak membawa buku bahasa Melayu'.

Rupa-rupanya memang kitorang tak bersalah pun. hari sebelumnya, kitorang tak datang sekolah. jadi cikgu simpan buku kitorang dalam almari kelas. Free je kena pukul dengan buku daftar pelajaran. rasanya cikgu tak sedar kot kesilapan dia. Takpe takpe, dimaafkan. Guru Besar yang tak boleh blah sebenarnya. Budak zaman sekarang kalau complain kat parents mesti 'See you in court'. Tapi saya tak bagitau mak saya pun. Takut dia lagi marah. Dekat saya. Bukan dekat cikgu.


Classmates
Dulu ada kawan baik nama Nur Fairuzi Suhana Yahya amik ko. Haha. Jumpa dia kat facebook dah. Hehe. Lepas tu ada kawan baik jugak nama Rafeeqa Raihan. Chinese look. Tapi darjah 2 dia dah takde sebab pegi pindah U.K. 
Ada sorang ketua kelas ni cantik sangat. Ada lesung pipit kat pipi dia. Kitorang yang kempunan nak lesung pipit ni pun 'suck air' supaya pipi kitorang nampak 'hollow'. Konon-konon ada lesung pipit la tu. Dia baik.
Penolong ketua kelas ni pulak nama dia Syarifah apa benda entah. Suka buli orang. Dia selalu suruh saya siapkan homework dia dalam kelas lepas tu Puan Aida tanya 'Eh, macam tulisan Sarah ni. Sarah, kenapa awak buat kerja Sharifah?' ok, lupa dah jawab apa.

Waktu darjah satu dulu, abah pergi U,K sebab kerja. Lepas tu bagitau kat Sharifah ni.
 Dia cakap 'Oh, kita pun pernah pergi U.K,'
'Oh, yeke? Bila?'
'Waktu kita baby dulu. Naik kereta,'
"Oh, ok,' . Entah apa-apa.

Waktu Matematik cikgu suruh hafal sifir. Best. Sifir 1 dengan Sifir 10 paling best. Sifir 5 pun best. Dulu cikgu bagi pensel yang cantik (pensel kayu je) kalau dapat Hafal Sifir 1 sampai 5. Maka semua orang pun pulun menghafal. Yes, saya dapat pensel cantik tu. :) 


Lepas tu tiap-tiap minggu ada 'Kuiz Uji Minda peringkat sekolah'. Kalau nak beli borang tu kena bayar 30 sen. Entah macam mana tiba-tiba menang pulak kuiz tu. Hairan. Lepas tu dapat hadiah pensel 2B satu kotak. kawan-kawan semua mintak satu batang tengok-tengok eh? dah tinggal 3 batang je dalam kotak tu? -____-

Last sekali dapat nombor 3 dalam kelas. Lawak je. Rasanya mana ada belajar sangat. LOL. Maka parents pun datang ke Majlis Anugerah Cemerlang. Maka tamatlah kisah Darjah Satu. Nanti cerita pasal Darjah 2 dan 3 pulak.

The end.

P.S. Like seriously, I'm going to write a new post about Zaman Darjah Dua. Wait for it! :D


EDIT: Baru jumpa satu video youtube about SMK Convent Muar. SRK dengan SMK Convent Muar sambung bangunan. So, lebih kurang sama la. Kantin kita org share. Kelas, toilet semua sama je designs. RINDU!  Background music tu lagu sekolah. 


6 comments:

nay. said...

salam sarah. xsgka awak ingat cerita zaman sekolah dulu satu satu. suspect la!lol

Sarah said...

Wasalam Tikah! Haha, ni long term memory. Kan best bila time belajar pun (hafal2 nama ubat) boleh jadi long term memory jugak. xD

Thanks!

Norm said...

waaa, very food memory ah you.
sekolah rendah, very carefree.
really miss it.
btw, u r tagged!!

Sarah said...

Haha, yeah. Fond memories. :D
Oh, ok. Thanks!

Norm said...

oops, typo!
*very good memories...
malu gila

Sarah said...

LOL. Biasalah tu. xD