Pages

Thursday, 23 June 2011

Zaman Darjah Dua (1998)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Okay, sekarang ni saya nak bercerita tentang kisah zaman dua pulak. Kisah darjah dua ni tak best sikit kalau nak bandingkan dengan zaman darjah satu. Jom kita test memori waktu darjah 2 dulu. Darjah 2 pun masih belajar di SRK Convent Muar Johor.

KELAS BARU, CLASSMATES BARU

Jadi, waktu darjah satu, saya ditempatkan di kelas terakhir, 1 Mawar tapi bila peperiksaan akhir tahun saya dapat nombor 3 (dapat piala tapi dah hilang mana entah) maka waktu darjah dua, iaitu pada tahun 1998 saya dilompatkan ke kelas pertama, iaitu 2 Dahlia.

Waktu tu best memang la best. Duduk pun best class, kan? :P Tapi yang tak bestnya lebih kurang 10 je kot budak-budak dari kelas 1 Mawar yang masuk kelas 2 Dahlia. Kawan-kawan sepermainan dulu pun ramai duduk kelas lain. Sama ada kelas Orkid (2nd), Tanjung (3rd) atau ada yang stay je kat Mawar (4th).

Jadi duduk kelas 2 Dahlia ni ramai sangat budak-budak pandai yang memang waktu darjah satu duduk kelas Dahlia. Dahlah tak kenal sangat diorang, nampak sombong pulak tu, huh! LOL.
Saya duduk di barisan sebelah kanan, 2nd last row. Saya duduk tengah-tengah. Sebelah kanan Fairuzi duduk. Sebelah kiri pulak Tan Miao Miao.
Depan pulak yang saya ingat Liana dengan Grace budak Cina pucat yang selalu pakai ribbon warna biru. Haha.
Belakang pulak ingat Mindy Ng. Mindy ke Mandy entah.Mindy ni hidung dia selalu berdarah (sebab cuaca panas).

Grace ni waktu tu saya dengan Fairuzi tak suka sikit. Sebab dia annoying. Lepas tu suka pukul-pukul orang kot. Haha. Maybe sebab dia nak tarik perhatian. Saya dengan Fairuzi selalu kutuk dia dari belakang (hoho, darjah 2 dah pandai bergosip). Grace ni ada dictionary bergambar (rindu gila dictionary bergambar dwibahasa yang warna biru tu!) jadi saya selalu nak pinjam kat dia. Dia pun bagilah. Entah kenapa waktu tu memang bengang dengan Grace ni jadi saya conteng-conteng muka surat belakang dictionary dia. JAHAT!
Lepas tu saya padam balik.LOL.

Bila bagi balik kat Grace, dia perasan ada kesan contengan. Tapi entah, lupa dah apa berlaku.

PUAN SAERAH- GURU KELAS 2 DAHLIA

Guru kelas Puan Saerah. Rindu Puan Aida! Dia suka komplen pasal tulisan saya yang teruk mengalahkan cakar ayam. Lepas tu tiba-tiba satu hari, dia cakap kat saya

'Tengok Christine tu. Dia bukan budak Melayu tapi tulisan dia bagus,' lepas tu saya macam 'Oh, okay'. Taulah Christine tu budak pandai.

Tapi bila fikir balik, apa kaitan Melayu, Cina dengan tulisan? =___=

Puan Saerah ni okay je kot. Dia ajar  Bahasa Melayu. Waktu tu sekolah saya kan ada persembahan tiap-tiap perhimpunan (ingat lagi time saya cerita Mahsuri jual epok-epok tu?). Puan Saerah tanya 'Siapa nak baca pantun kat depan?'

Maka saya pun volunteer (seriously memang sejak kecik tak takut berhadapan dengan public, tak tau kenapa. Mungkinkah tiada perasaan malu? hahahah).
Puan Saerah pernah nampak saya cerita 'Mahsuri jual epok-epok' tu. Lepas tu dia tanya 'Jangan nangis nanti,'. Waktu tu saya macam bengang. Mana ada menangis waktu tu? Kenapa semua cikgu perlu berfikiran negatif terhadapa anak murid? Emo sudah. Haha.

Puan Saerah pun suruh saya baca pantun sekali dengan Soh Hui Yi. Budak Cina best friend Christine yang cute dan pandai. Soh Hui Yi ni dulu Ketua Darjah 2 Dahlia. Jadi waktu perhimpunan pun baca. Okay, tak menangis!

PUAN HANUM-ENGLISH TEACHER YANG DIGERUNI

Puan Hanum yang ajar English waktu darjah satu dulu ajar English jugak time darjah dua. Serious tak suka Puan Hanum ni. Dia suka sindir-sindir orang. Haha. Pernah sekali tu waktu emak datang kelas, Puan Hanum komplen kat emak pasal saya. Entah apa, dah lupa.

USTAZAH YANG SARKASTIK

Pendidikan Islam pulak ada sorang ustazah ni. Ustazah ni mula-mula cuti bersalin. Ustazah lain ganti dia. Ustazah ganti tu baik! Ustazah cuti bersalin ni bila balik mengajar, dia ni sarkastikus! Suka perli-perli orang  pakai skirt pergi sekolah (yelah, darjah 2 mestilah pakai skirt lagi. Darjah 3 baru fully pakai baju kurung. Darjah 6 baru pakai tudung pergi sekolah, LOL).

Tapi itu semua tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan jeng jeng jeng!

MISS X (bukan nama sebenar) CIKGU MATHS TERGARANG DI DUNIA! 

Miss (lupa nama). Dia ni cikgu Matematik. Cikgu Cina. Tinggi. Pakai specs. rambut pendek. Ada tahi lalat kat muka. Muka dia garang segarang orangnya! Jom panggil dia Miss X.
Miss X ni dia suka budak-budak Cina especially, sebab budak-budak Cina pandai Maths. Dia ni suka sangat naik angin. Bila naik angin bukan setakat marah je, dia tunjal-tunjal kepala guna pensel, lepas tu pukul kita orang. Dah ramai orang kena.

Waktu tu saya agak slow dengan Maths, muahaha. Lepas tu Cikgu tu ajar saya tak dapat tangkap. Dia datang kat tempat saya. Dia marah-marah ajar dengan menjerit semua tu. Lepas tu dia amik pensel batang ke pensel tekan tu dia cucuk-cucuk kepala saya. Sakit la cikgu oi! Lepas tu habis kelas dia. Dah habis kelas dia saya menangis. Kawan-kawan semua pujuk. So sweet. :P

Ada lagi satu budak ni, nama dia Hidayah. Dia pun kena marah dengan Miss X. Lepas tu dia menangis. Saya pun pergilah nak pujuk balik lepas tu dia cakap 'Awak pun waktu tu kena marah nangis jugak,' lepas tu saya terus diam tak jadi nak pujuk =___=.

Time kelas Miss X ni memang berdebar menggeletar satu badan. Sampai sekarang, Miss X tu lah mendapat tempat pertama dalam senarai 'Guru-guru garang'. Macam-macam excuse nak skip kelas dia.

Waktu tu bulan puasa. Saya darjah 2 tapi kadang-kadang puasa, kadang-kadang tak. Darjah 3 baru puasa penuh. Memalukan, haha! Okay, waktu ni ada kelas Art. Cikgu Art ni baik sangat. Dia mak kepada Azwin, salah seorang budak pandai kelas saya. Lepas kelas art mesti ada kelas Maths. Jadi nak skip kelas Maths, saya pun buat-buat sakit perut dan menangis. Padahal tak sakit pun. Dengan harapan cikgu boleh call emak suruh amik kat sekolah. Tapi cikgu selalunya tanya 'Nak minyak angin tak?' Cis! Hahaha
Lepas tu cikgu tanya 'Puasa tak?' saya pun jawab 'Ya cikgu'. Cikgu cakap 'Kesiannya sakit perut!'

Walaupun dah banyak kali buat alasan tak pernah menjadi pun plan. T___T

Miss X ni sebelum kelas Maths start, dia akan bagi buku 'Congak' lepas tu dalam 15 minit ke macam tu dia suruh kita orang buat latihan congak tu. Ada dalam 50 soalan kot. Lupa. Kita kena mencongak-mengira dalam kepala. Siapa yang habis awal kena angkat tangan lepas tu berlagak tengok kawan-kawan lain yang belum siap mengerut-ngerutkan kepala. Bila time's up, cikgu suruh kawan semakkan jawapan. Lepas tu cikgu tanya siapa dapat full marks, siapa dapat teruk. Siapa dapat teruk tu memang kena dengan cikgu!

Pernah sekali tu dapat teruk. Memang kena dengan dia. Memang SCARY LA!!! Pernah sekali tu betul semua. Dia buat muka biasa je. Haha. Tengok, dugaan semasa belajar telah wujud sejak sekolah rendah lagi.

Setiap hari Jumaat pulak Miss X ajar sempoa. Jadi setiap orang wajib bawak sempoa pergi sekolah.

Okay, tu je cikgu yang saya ingat.

RUMAH BARU

Yang tak bestnya waktu darjah 2 kena pindah rumah sebab abah saya bertukar ke Sungai Petani. Disebabkan kena tukar waktu dalam nak dekat tengah tahun, mak saya pun malas nak pindah sekali. Maka kita orang duduk la dekat rumah teres 2 tingkat yang mak dan abah beli. Waktu weekends je Abah balik rumah. Sampai sekarang pun. Hahaha.

SEKOLAH AGAMA YANG BEST! 

Waktu pagi-pagi mak hantar saya dan Syafiq pergi sekolah agama. Sekolah ni kena pakai kain dengan tudung warna purple. Best sekolah ni. Ustazah dan Ustaz semuanya best! Tak macam kat sekolah! Ustazah friendly sangat dan dia kenal dengan ayah saya.Sekolah ni saya belajar Fikah, Tauhid, Bahasa Arab, Tajwid, Khat,  berzanji, (macam sekolah arab la, haha)

Satu hari tu ayah saya hantar saya pergi sekolah agama tu. Dia park kereta tepi parit yang besar. Saya sampai lambat sikit. Ustazah dan kawan-kawan semua tengok saya lepas tu diorang sengih. xD
Saya keluar ikut bahagian parit tu(sebab pintu sebelah lagi tu menghala ke jalan raya banyak kereta) dan jeng-jeng jeng, beg saya terjatuh dekat rumput dan entah macam mana, saya boleh terlupa nak zip beg maka buku-buku itu dan beg saya terjatuh ke dalam parit! Hahaha

Maka ustazah dan kawan-kawan rapat saya pun keluar dan tolong ambil buku-buku yang terjatuh dalam longkang tu. Ustazah baik siap tolong cucikan beg lagi. Oh, rindu betul.

Tapi memang waktu darjah 2 best waktu pergi sekolah agama. Kalau tak pergi sekolah biasa pun takpe.

Sebab mak saya bekerja dan ayah saya bekerja, lepas habis sekolah agama saya dan Syafiq naik van sekolah. Pak cik tu hantar pergi rumah. Tapi pakcik ni ada banyak sangat pelanggan jadi lambat gila baru sampai rumah. Nak dekat pukul 12 dah! Jadi memang terkocoh-kocoh nak siap-siap pergi sekolah. Ada seorang atuk tu hantarkan.

Kat sekolah bosan. Seriously. Darjah 2 la waktu paling bosan dalam sejarah persekolahan saya.
Dahlah abah kerja kat Kedah, saya sekeluarga di Johor. Cikgu kat sekolah garang dan tak best. Kawan-kawan pun tak best. Semua tak bestlah!

Lepas tu balik rumah. Mak yang ambik. Malam pulak Mak ajar tuisyen. Saya pun siapkan kerja sekolah. Tak banyak aktiviti best pun zaman darjah 2 dulu.Tapi saya sangat respect Mak saya. Beliau merupakan wanita yang independent! Oh ya, tapi waktu tu kita orang ada Indonesian maid. Tapi saya tak suka dia! Hmmph!

NURSE GEDIK

Biasalah kan, mesti ada dental check-up kat sekolah. Nama saya tersenarai dalam 'budak-budak bertuah kena cabut gigi'. kad warna hijau tu. Maka saya pun tunggu giliran nak cabut gigi. Ingat lagi waktu tu dental utensils mcm syringe semua tu diorang sterilized je dalam box panas tu.

Saya pun baring atas dental chair tu. Doktor tu cabut gigi. Berdarah (oh well, biasalah kan). Lepas tu ada sorang budak ni takut nampak banyak darah keluar dari mulut saya lepas tu dia tanya nurse kat sebelah dia 'Kenapa dia banyak darah?' lepas tu nurse tu cakap 'Sebab dia tak gosok gigi'. Whaddaheck la nurse! Tak belajar blood circulation gamaknya.

GETTING IGNORED

Lepas tu biasalah kan, lepas cabut gigi doktor suruh gigit kapas. Saya pun kembali ke kelas dengan muka tak boleh blah (macam, oh, I'm a hero!). Mula-mula memang darah stop mengalir. Tengok-tengok berapa belas minit macam tu ada darah balik. Kawan-kawan saya bagitau Puan Saerah 'Cikgu, gigi Sarah berdarah!' lepas tu Puan Saerah buat tak tau je. =__=. Saya pun lagi lah buat tak tahu. Entah, zaman kecik dulu macam tak kisah dengan pandangan orang. Hidup simple je.

WATCHING CINEMA

Waktu darjah 2 la first time tengok wayang. Waktu tu abah saya ajak saya dengan Syafiq tengok Jurassic Park 2. :D Lepas tu waktu nak dekat akhir tahun 1998, saya ikut Syafiq pergi class trip kindergarten dia tengok cerita Mulan. :D

8TH BIRTHDAY PARTY!

Salah satu benda best jadi budak umur 8 tahun ni bila mak saya buat Birthday party. Dia panggil jiran-jiran, kawan-kawan, students dia semua datang. Dia beli satu kek ni besar! Saya sambut birthday sekali dengan Syafiq sebab kita orang lahir bulan sama. Lepas tu dia masak. Bibik Nor pun tolong. Mak organized games semua. Mak, I love you! *tears*

Part paling best bila banyak gila hadiah saya dan Syafiq dapat. Ada satu teddy bear tu sampai sekarang masih ada lagi (kat rak buku saya sekarang :') ). Yang lain ada dalam bilik stor kot. LOL.

Okay, maka, satu tahun cepat berlalu. Nak dekat-dekat habis sekolah tu, mak saya datang sekolah. Dia pergi pejabat, jumpa cikgu. Dia cakap yang saya akan berpindah ke Kedah. Saya pun salam cikgu. Saya pun cakap 'Bye-bye' kat semua orang. Sebab result saya maintain jadi cikgu dah bagitau dah yang bila saya darjah 3, saya duduk kelas 3 Dahlia jugak.

Waktu tu rasa, hmm. Entahlah. Sedih jugak kot. Sebab kena tinggalkan sekolah tu, pindah pergi sekolah baru.

Barang-barang semua dah masuk lori. Bye-bye Muar!  Maka saya dan keluarga memulakan hidup baru di Sungai Petani. Now Sungai Petani is my real home, forever and always. :)

Maafkan saya sebab kutuk cikgu semua ya. Terima kasih sebab mengajar saya cikgu. =) Saya dah lupa nama cikgu-cikgu tapi mungkin insya-Allah kalau kita jumpa lagi, saya boleh ingat muka. :D

Dan banyak lagi sebenarnya tapi malas nak taip dan malas nak share. Kalau nak tau lebih lanjut tunggulah saya jadi orang terkenal lepas tu saya akan tulis memoir yang 100% apa yg saya ingat tentang childhood days saya (bajet betul).

Okay, bye-bye and thanks for reading! Nanti kita sambung Zaman Darjah 3 pulak, di sebuah negeri yang bernama Kedah (pelik je ayat ni).

And sorry tak ada gambar. Nanti saya edit balik bila free. LOL. 

4 comments:

Hanis MY said...

oh nooooo akak gelak sakan bca lawak la hahhahaha...adehhh, esp tang miss x yang cederakan (ouch sakit) kepala student dgn pensil...

eee tak suka ustazah perli2...tah paper jerk... akak pakai pinafore sampai drjah 4 hokay haha tak malu betul, pastu drjh 6 br pakai tudung not tudung but scarf...hik2...owh kenangan dolu2

Sarah said...

Thanks for reading and commenting Kak Hanis!
I feel bad and guilty for not commenting on your blog posts.
Tapi Sarah baca. =)

Eh, lawak ke? Hahaha. Tulah, scary je zaman sekolah rendah. Haha, biasalah tu pakai pinafore-nak2, zaman akak.

Sarah darjah 6 pakai tudung on off.
Form 2 baru betul2 pakai tudung kat rumah dengan kat sekolah. Tu pun sebab kena paksa dengan abah. Teruk betul dulu, haha.

fikah mus said...

Hehehe.
Darjah 2 saya buli orang je kerja.
Hehehehe.
Cih, kecik2 dah pandai buli orang kan??

Sarah said...

Tak sangkanya! Hahaha
Nama pun budak kecik, mestilah perangai tak matang. Saya pulak, waktu darjah 1, orang yang buli saya, huhu.