Pages

Saturday, 22 August 2009

Puasa di Perantauan..*sob sob*

Sarah Sarcastic tengah tengok computer. Tiba-tiba dengar azan Maghrib. Maka bergegaslah membawa pinggan ke water cooler. Ngeh ngeh ngeh.(Cubalah teka saya makan apa :P)

Tiba-tiba, handphone berdering. Oh,Emak rupanya.

" Sarah dah buka puasa eh?" beliau bertanya.
" A'ah. (Janganlah tanya buka puasa makan apa, huhuhuhuhu)" Sarah Sarcastic membalas pendek.
" Oh, bestnya. Kita orang kat sini belum masuk waktu lagi," dengan ceria beliau berkata.
" Oh, okay. Hehe," Sarah Sarcastic ketawa kecil.

" Buka puasa makan apa?" beliau bertanya soalan cepumas.
" Err..Maggi. Hehehe," Sarah Sarcastic menjawab dengan yakinnya. (yakin ke?)

" HAH???!!!Kenapa makan maggi je?"
Dan Sarah Sarcastic dengan automatiknya berasa sebak dan ingin mengalirkan air mata *sila main lagu 'Dendang Perantau' di sini*.
Seriously, sebelum ni OK. Tapi bila mak cakap macam tu, terus rasa sedih, huhu. Sebab dah buat dia rasa risau and sedih kot, huhuhu...

" Kafe tutup hari ni," Sarah Sarcastic menyembunyikan nada sebak dan sedih suaranya. Berjaya!

" Lah, kesiannya," (huhu, janganlah dikasihani diri ini, cewwahh)
" Ada je Bazar. Tapi malas nak pergi," (Itulah akibat orang pemalas. Junior dah bagi hint nak ajak pergi bazar tapi lazybums punya budak!)

" Oh, Mak masak mi rebus, semua," (oh, meleleh air liur seketika).
Dan tiba-tiba bonda tercinta berhenti bercakap. Mungkin tidak mahu 'mencemburukan' diri ini yang hanya makan Maggi dan minum air mineral untuk berbuka. Oh yeah, dan Biskut Oreo sebagai dessert.

" Nanti sahur makan apa?" beliau bertanya lagi.
" Sahur makan biskut," Sarah Sarcastic menjawab lagi. Sedaya upaya menahan rasa sebak di hatinya (poetic gila).
" Lah, nanti kurus la macam ni!" Bonda tercinta memberi komen yang sangat menyayat hati pada pendengaran Sarah Sarcastic. (Padahal sebelum ni waktu ganti puasa bukannya sahur pun. Ngeh ngeh ngeh. Pagi tadi pun teguk air je sekejap. Jadilah, kan? :P)

" Oh, ok. Takpela Mak," Sarah Sarcastic menjawab, menyedapkan hati bonda tercinta. Ibu mana yang tak sedih kalau kat rumah makan sedap-sedap, tapi anak berbuka makan maggi mee kari je. Huhuhuhu.

" Takpela, nanti Sarah balik rumah, mak masak sedap-sedap eh?" beliau berusaha menyedapkan hati ini.
Oh, sungguh terharu diri ini. Lagu 'Dendang Perantau' masih beralun-alun di fikiran.

" Next week mak datang KL eh?"
" HUH?" (Dalam hati, yippee!)
" Nanti kita buka puasa sama-sama,"

Haha, OK. Yes!

" Okla, bye-bye. Love you," ayat yang sering menjadi rutin setiap kali bersembang dengannya di telefon.
" Ok, love you too," ayat yang acap kali juga menjadi rutin bagi diri Sarah Sarcastic. Hehehehe.

Telefon dimatikan. Sarah Sarcastic kembali melayan maggi meenya yang telah kembang semangkuk. Mak, nak balik!!!! UWAAAA!!!!(siapa suruh tak nak balik?Jawapan: Malas nak balik. 6 jam woohhhh).

The moral of this story is: Jangan jadi pemalas. Ngeh ngeh ngeh..

2 comments:

bunyaminkhair said...

hahah
ish2.
megi.
bagus la tu..zuhud..haha
lawak post ni.

Sarah said...

Hohohoho.
Hang baru nk tau kami pandai buat lawaks?? :P